awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas di Afghanistan bukan milik India

Bernama
Bernama
21/01/2024
10:35 MYT
Pesawat terhempas di Afghanistan bukan milik India
Sebelum kejadian pesawat itu dilaporkan berhenti mengisi minyak di negeri Bihar di timur India. - X @flightradar24
NEW DELHI: Kementerian Penerbangan Awam India berkata sebuah pesawat ringan yang terhempas di Afghanistan bukan milik India.
Sebelum kejadian pesawat itu dilaporkan berhenti mengisi minyak di negeri Bihar di timur India.
"Ia bukan pesawat pengangkut India. Pesawat itu adalah ambulans udara dan sedang dalam perjalanan dari Thailand ke Moscow dan berhenti isi minyak di Lapangan Terbang Gaya," kata kementerian itu pada Ahad.
Laporan media sebelum ini yang memetik pihak berkuasa Afghanistan berkata pesawat yang menuju ke Moscow itu adalah pesawat milik India.
Bagaimanapun, menurut laporan media Rusia pesawat itu didaftarkan di Rusia.
Jet itu didaftarkan dengan sebuah syarikat Rusia dan dalam perjalanan dari Gaya ke Moscow melalui Tashkent, ibu negara Uzbekistan, lapor berita Rusia RT, memetik agensi penerbangan Rosaviatsiya.
Pesawat membawa enam penumpang itu dilaporkan hilang daripada radar pada malam Sabtu, di wilayah pergunungan Badakhshan di Afghanistan.
Jurucakap pentadbiran Badakhshan,Zabihullah Amiri, berkata satu pasukan telah dihantar ke lokasi nahas untuk menyiasat kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Afghanistan
#falcon 10
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan