Pesawat terhempas di Colombia, semua 15 penumpang terkorban

Lokasi nahas ditemui di kawasan pergunungan terpencil berhampiran perbandaran Curasica, di wilayah Norte de Santander. - Foto X/Elizabeth Ortíz
BOGOTA: Sebuah pesawat kecil terhempas di timur laut Colombia pada Rabu, mengorbankan kesemua 15 individu di dalamnya, menurut pihak berkuasa dan media tempatan.
Pesawat yang dikendalikan syarikat penerbangan milik kerajaan, Satena, itu sedang dalam penerbangan domestik dari Cúcuta ke Ocaña apabila ia hilang hubungan dengan kawalan trafik udara sejurus selepas berlepas.
Pesawat berkenaan membawa 13 penumpang dan dua kru.
Pihak berkuasa penerbangan awam Colombia memaklumkan lokasi nahas ditemui di kawasan pergunungan terpencil berhampiran perbandaran Curasica, di wilayah Norte de Santander.
Pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi, namun Kementerian Pengangkutan kemudian mengesahkan tiada mangsa yang terselamat.
Antara yang terkorban termasuk seorang ahli politik tempatan, menurut sumber rasmi.
Operasi mencari dan menyelamat berdepan cabaran berikutan bentuk muka bumi yang sukar serta keadaan cuaca tidak menentu.
Punca kejadian masih dalam siasatan, dengan pihak berkuasa berkata siasatan teknikal akan dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada nahas tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


