Pesawat Trigana Air yang dipercayai terhempas bersama 54 penumpang dan anak kapal di sebuah kawasan pergunungan di Papua, semalam dilaporkan membawa wang tunai berjumlah Rp6.5 bilion (RM1.92 juta).
Laporan Kompas.com memetik Ketua Pejabat Pos Jayapura, FX Haryono sebagai berkata wang itu adalah peruntukan kerajaan untuk diagihkan kepada penduduk miskin di kawasan Papua sebagai bayaran ganti rugi ekoran kenaikan harga petrol, baru-baru ini.
"Wang tersebut dibawa oleh empat pegawai pos Jayapura dan sepatutnya dibayar kepada penduduk miskin di lapan buah daerah di sana, hari ini," katanya kepada wartawan di kem pencarian di Jayapura, hari ini.
Menurut Haryono lagi, empat pegawai pos yang menghantar wang ganti rugi ke kawasan Pergunungan Bintang itu ialah MN Aragae, Agustinus Luanmasse, Yustinus Huruluen dan Teguh Sane.
Pesawat Trigana Air yang dalam penerbangan ke Oksibil, Papua terputus hubungan dengan menara kawalan selepas berlepas pada 2.22 petang dari Jayapura.
Pesawat itu sepatutnya tiba di destinasi pada 3.04 waktu tempatan.
Sementara itu, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia, memaklumkan pihaknya telah menemukan serpihan pesawat Trigana di kawasan tebing pergunungan di daerah Oktabe, Papua.
"Lokasi tersebut berada tujuh batu nautika atau 14 kilometer dari Lapangan Terbang Oksibil," kata Penolong Pegawai Operasi Basarnas, Mejar Jeneral Heronimus Guru.
Beliau berkata penemuan itu adalah berdasarkan pemantauan visual oleh tiga pesawat yang terbang merentasi lokasi kejadian.
Menurut Heronimus, pasukan mencari dan menyelamat juga yakin serpihan itu bangkai pesawat Trigana berdasarkan jalur laluan dan isyarat.
Bernama
Mon Aug 17 2015
Wang tersebut dibawa oleh empat pegawai pos Jayapura dan sepatutnya dibayar kepada penduduk miskin di lapan buah daerah. - Gambar Fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tujuh aktivis Papua dihukum penjara 11 bulan
Mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman penjara 10 ke 11 bulan ke atas tujuh aktivis anti perkauman Papua atas tuduhan pengkhianatan.
Tiada gempa bumi di Sri Aman, Sarawak
Tiada gempa bumi di Sri Aman, Sarawak seperti yang diuar-uarkan dalam media sosial sejak pagi tadi.
Isteri bakar diri, selepas suami enggan hadir majlis pengebumian keluarga
Seorang wanita nekad bunuh diri gara-gara tidak berpuas hati dengan suaminya.
Kembara ke Papua: Wilayah Indonesia yang tidak didendang
Pengembaraan Dr. Hazmi Rusli ke rantau Papua, Indonesia - 'Land below the sunset'.
Pesawat Trigana terhempas bawa wang tunai RM1.92 juta
Pesawat Trigana Air yang dipercayai terhempas bersama 54 penumpang dan anak kapal di sebuah kawasan pergunungan di Papua, semalam dilaporkan membawa wang tunai berjumlah Rp6.5 bilion (RM1.92 juta).
Serpihan dipercayai daripada pesawat Trigana Air ditemukan
Sebuah pesawat SAR yang terlibat dengan pencarian kapal terbang Trigana Air yang hilang di pedalaman wilayah timur kepulauan Papua dilapor mengesan serpihan di lokasi carian.