SINGAPURA: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan terus bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Muslim Converts' Association of Singapore (MCAS) bagi menjaga kebajikan rakyat Malaysia di negara ini.
"MCAS dekat dengan Suruhanjaya semasa pandemik COVID-19 dua tahun yang lalu," kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar yang ditemui Bernama di Majlis 'Qurban Drive' anjuran MCAS di sini baru-baru ini.
MCAS merupakan organisasi yang sentiasa membantu rakyat Malaysia yang 'terkurung' di sini bukan sahaja dari aspek spiritual malah memberi bantuan dari sudut makanan dan sebagainya, katanya.
"Saya sentiasa berhubung dengan pihak MCAS bagi memastikan kebajikan rakyat Malaysia pada masa (pandemik) itu," katanya.
Pada tahun ini, MCAS telah mengagihkan daging Qurban kepada kira-kira 1,000 keluarga dengan setiap keluarga - fakir miskin, mualaf, dan warga emas - menerima dua kilogram setiap satu bahagian.
Bagi Qurban Drive tahun ini, MCAS telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Azfar ditemani isterinya Datin Che Norhayati Soib mengagihkan daging Qurban kepada lima warga emas rakyat Singapura di Eunos Ave 1.
"Saya kira program sebegini akan terus dilaksanakan pada masa akan datang," ulas pesuruhjaya tinggi itu.
Menurutnya program begini adalah penting bukan sahaja untuk melaksanakan syiar Islam tetapi meningkatkan silaturrahim sesama umat Islam.
"Ia juga memberi peluang kepada masyarakat Islam yang kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumbangan Qurban pada tahun ini," katanya.
Azfar juga diberi penghormatan untuk merasmikan konvoi yang terdiri daripada 60 pasukan sukarelawan MCAS bagi mengagihkan daging Qurban kepada 1, 000 keluarga.
MCAS Qurban Drive ialah program tahunan yang diasaskan pada 2017.
Objektifnya adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan Qurban dan nilai-nilai yang disemai, serta menggalakkan amalan bersedekah terutama menyambut Aidil Adha.
MCAS secara aktif berfungsi untuk merapatkan semua orang - tanpa mengira bahasa, bangsa atau kepercayaan - ke arah pemahaman yang lebih baik tentang Islam.
MCAS juga dikenali sebagai Darul Arqam Singapura, ia telah berkembang pesat sejak 1980.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
MCAS merupakan organisasi yang sentiasa membantu rakyat Malaysia yang 'terkurung' di sini bukan sahaja dari aspek spiritual malah memberi bantuan dari sudut makanan dan sebagainya. - Gambar fail/pixabay
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan NGO bersatu jaga kebajikan rakyat Malaysia di Singapura
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan terus bekerjasama dengan NGO seperti MCAS bagi menjaga kebajikan rakyat Malaysia di negara ini.
MIROS bakal uji keberkesanan sistem MCAS
Kajian akan melibatkan penunggang motosikal sebenar dalam kalangan mereka yang berulang alik ke tempat kerja.
Situasi cemas apabila sebuah lagi pesawat Boeing 737 MAX alami masalah mekanikal
Penerbangan American 2555 dari Miami membawa 95 penumpang dan enam anak kapal itu selamat mendarat di Newark.