BANGKOK: Thailand memperuntukkan 800,000 dos vaksin COVID-19 untuk anggota barisan hadapan termasuk pegawai keselamatan di sempadan utara negara itu bagi menghadapi kemungkinan kebanjiran pelarian Myanmar serta mengekang penularan wabak itu.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata Kementerian Kesihatan Awam akan mengedarkan vaksin tersebut kepada kawasan berisiko di wilayah utara negara itu susulan laporan bahawa pelarian Myanmar menyeberangi sempadan.
"Anggota barisan hadapan sentiasa berkontak rapat dengan orang yang melintas sempadan. Oleh itu, mereka perlu menerima suntikan vaksin dengan secepat mungkin," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini semalam.
Terdahulu, media tempatan Myanmar melaporkan tentera negara itu melancarkan serangan udara di wilayah Karen Ahad lalu menyebabkan sehingga 3,000 penduduk kampung melarikan diri ke dalam hutan dan menyeberang ke Thailand.
Pada Selasa, Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha berkata negaranya sedia memberi perlindungan kepada pelarian Myanmar atas prinsip kemanusiaan.
Dalam pada itu, Dr Apisamai berkata 100,000 penduduk Phuket akan diberi suntikan vaksin sebelum pulau peranginan itu menerima kedatangan pelancong bermula 1 Julai ini.
Phuket bercadang mengecualikan kuarantin mandatori kepada pelancong asing yang telah diimunisasi masuk ke negara itu bagi membantu memulihkan industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
"Ini bagi memastikan keselamatan penduduk tempatan dan pelancong asing yang masuk ke negara ini," katanya.
Pihak berkuasa pelancongan Thailand menjangka sekurang-kurangnya 10,000 pelancong melawat Phuket pada suku ketiga tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021

Tentera Myanmar berkawal di sebuah kem kecil di tebing sungai berdekatan sempadan Thailand, 30 Mac, 2021. (Foto AP)

All Stars Gegar Vaganza buka tirai esok, 'hot seat' jadi milik siapa?
Daripada musim pertama hingga kesembilan, seramai 23 orang bintang yang tersenarai untuk diundi peminat.

UNGA: Thailand komited ke arah keamanan, hak asasi manusia dan alam sekitar
Thailand komited dalam usaha memajukan keamanan yang mampan, hak asasi manusia dan pemeliharaan alam sekitar.
AWANI Ringkas: Ahli parti bebas persoal dasar kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK Pelangai: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR tubuh dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon bertanding pada PRK Pelangai.

Malaysia miliki segala yang perlu untuk bangkit kembali sebagai ekonomi dinamik - PM Anwar
Malaysia mempunyai potensi amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi dinamik kerana negara mempunyai sumber yang diperlukan, tenaga kerja berkelayakan selain asas ekonominya yang kukuh,

Pakar ekonomi khuatir Indonesia mungkin terperangkap dengan hutang China
Yusuf mendakwa, Indonesia terpaksa patuh kepada kehendak China bagi memastikan projek Kereta Cepat Jakarta-Bandung siap sepenuhnya.

Isu beras: KKD, KPDN sedia kerjasama tangkis berita palsu
KKD sedia bekerjasama dengan KPDN bagi menangkis berita palsu berhubung isu bekalan beras tempatan.

'Tiga perkahwinan bukan gagal, sebaliknya...' - Engku Emran mohon hormati Noor Nabila
Emran berharap orang ramai dapat menghormati dan memberi ruang kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar ketika ini.

Pemancing udang dikhuatiri lemas di Sungai Besut
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing udang galah bersama berhampiran Empangan Pengkalan Nangka (Tok Gong) di Sungai Besut.
Analisis pasca ucapan PM di pentas PBB
Analisis Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM, Prof Madya Dr Sufian Jusoh pasca kenyataan negara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNGA ke-78.

Thailand alu-alukan kedatangan lebih 19 juta pelancong asing tahun ini
Thailand mengalu-alukan kedatangan lebih 19 juta pelancong asing setakat tahun ini, menjana 795 bilion baht (100 baht = RM13.06) dalam sektor pelancongan.

Thailand ujian sebenar Harimau Muda
Ruventhiran berkata pasukan perlu memantapkan corak permainan apabila berdepan pasukan tuan rumah itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini

Anggota Kabinet baharu Thailand angkat sumpah
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dan 33 menteri Kabinetnya mengangkat sumpah pada Selasa, hampir empat bulan selepas pilihan raya umum berlangsung.

Raja Thailand perkenan Kabinet baharu
Raja Thailand Maha Vajiralongkorn hari ini memperkenankan anggota Kabinet baharu Perdana Menteri Srettha Thavisin, beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei.

Rakyat Malaysia dinasihat jaga keselamatan ketika melancong ke Thailand
Rakyat Malaysia dinasihati agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan dokumen penting ketika melancong ke Thailand.

Cabaran getir menanti skuad Malaysia B-23 di Thailand
Harimau Muda akan bersaing dalam Kumpulan H bersama Bangladesh, Filipina dan Thailand untuk memastikan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2023 di Qatar.

Harga beras eksport Vietnam tertinggi di dunia
Harga beras hancur 5 peratus mencecah AS$638 satu tan manakala beras hancur 25 peratus berharga AS$623 satu tan.

Air sisa nuklear: Majlis Pengguna Thailand gesa makanan laut dari Jepun dikaji
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand (FDA) dan Jabatan Perikanan negara itu diminta membuat pemeriksaan teliti ke atas semua makanan laut yang diimport dari Jepun.

Polis tumpas kegiatan dadah didalangi wanita Thailand, rampas dadah bernilai RM520,000
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah syabu didalangi seorang wanita Thailand berusia 30 tahun, yang menjadikan sebuah kereta sebagai stor simpanan dalam tiga serbuan berasingan.