BANGKOK: Pembukaan kembali pulau peranginan terkenal Phuket mulai 1 Julai dijangka menarik lebih 600,000 pelancong asing dan tempatan serta menghasilkan aliran tunai sekitar 15 bilion baht dalam tiga bulan.
Gabenor Phuket Narong Woonciew berkata Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) mengunjurkan kira-kira 129,000 pelancong asing dan 500,000 warga tempatan akan mengunjungi Phuket antara Julai dan September.
Beliau berkata semua pihak telah mempercepat persiapan untuk memastikan pembukaan semula berjalan lancar.
"Matlamat utama kami adalah untuk menghidupkan kembali ekonomi tempatan dan pada waktu yang sama mencegah penyebaran pandemik. Kami berharap dapat menunjukkan kepada penduduk di Phuket dan di bahagian lain negara mengenai manfaat yang akan mereka peroleh daripada pembukaan semula," katanya dipetik oleh Bangkok Post.
Mulai 1 Julai, Phuket akan membuka kembali pintunya kepada pengunjung yang diberi vaksin sepenuhnya berdasarkan konsep "Phuket Sandbox". Menerus konsep itu, pelancong yang memasuki Phuket tidak perlu menjalani kuarantin, tetapi mereka mesti tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum ke wilayah lain dalam negara.
Ini adalah projek contoh untuk pembukaan negara secara meluas dalam usaha kerajaan menghidupkan kembali industri pelancongan negara yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Pada Rabu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengumumkan Thailand akan dibuka semula untuk pelancong yang telah diberi vaksin lengkap pada pertengahan Oktober.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Pejabat Perdana Menteri yang juga jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Ekonomi Thanakorn Wangboonkongchana mengatakan "Phuket Sandbox" diunjurkan akan menghasilkan aliran tunai sekitar 15 bilion baht antara Julai dan September.
Pengarah pejabat TAT Phuket Nanthasiri Ronsiri berkata, lima syarikat penerbangan - Qatar Airways, Singapore Airlines, Israel Airlines, Etihad Airways, dan Emirates Airlines - akan menerbangkan pelancong asing ke Phuket mulai 1 Julai.
Sementara itu, Thailand mencatatkan 3,682 kes COVID-19 baharu dan 20 kematian, pada Ahad, mengumpul jumlah keseluruhan jangkitan negara kepada 218,131 dan 1,629 kematian setakat ini.
Daripada kes baharu, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) mengatakan 3,642 adalah penularan tempatan,1,198 adalah pengesanan kes aktif, 578 adalah banduan dan 40 kes import.
CCSA mengatakan kematian baharu melibatkan 13 lelaki dan tujuh wanita berusia antara 26 hingga 90 tahun termasuk 11 di Bangkok, Nakhon Pathom (tiga), Samut Prakan (dua) dan masing-masing satu di Chantaburi, Rayong, Saraburi dan Ubon Ratchathani.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 20 2021
Mulai 1 Julai, Phuket akan membuka kembali pintunya kepada pengunjung yang diberi vaksin sepenuhnya berdasarkan konsep "Phuket Sandbox". - Foto fail
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Qatar Airways sambung semula perkhidmatan ke Pulau Pinang
Qatar Airways akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan harian ke Pulau Pinang menerusi Phuket, Thailand pada 29 Okt ini.
Raja Muda Perlis santuni masyarakat muslim di Coconut Island, Phuket
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan berangkat menyantuni masyarakat Islam di Coconut Island.
Pesakit pertama cacar monyet di Thailand hilangkan diri
Pesakit cacar monyet pertama Thailand menghilangkan diri di pulau peranginan Phuket sebaik beliau dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya.
Demi bertemu isteri, sanggup dayung bot 2,000km dari Phuket ke India
Lelaki berusia 37 tahun dari bandar Ho Chi Minh, Vietnam itu berada di laut selama 18 hari.
Sekatan COVID-19 di Bangkok, Krabi, Phang-Nga dan Phuket dilonggarkan
Mulai Isnin, Bangkok dan tiga destinasi pelancongan Krabi, Phang-Nga dan Phuket akan menyaksikan perintah berkurung waktu malam ditarik balik.
AirAsia sambung semula penerbangan ke Phuket
AirAsia Malaysia akan menyambung semula empat penerbangan mingguan antara Kuala Lumpur dan Phuket bermula 5 Nov, 2021.
Kes COVID-19 kembali meningkat, Thailand pertingkat saringan besar-besaran di Phuket
Pihak berkuasa kesihatan Thailand akan meningkatkan ujian saringan besar-besaran di Phuket minggu ini dalam usaha untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 yang meningkat di pulau peranginan itu.
158 cebisan plastik ditemui dalam perut penyu
Doktor haiwan Thailand menjumpai 158 cebisan sampah dalam perut seekor penyu yang diselamatkan di pulau peranginan Phuket.
Lelaki tempatan dituduh bunuh, rompak pelancong Switzerland di Phuket
Seorang lelaki warga tempatan dituduh merompak dan membunuh seorang pelancong Switzerland di pulau peranginan Phuket pada Khamis.
Thailand larang penggunaan krim pelindung matahari, boleh jejaskan terumbu karang
Bagi individu yang melanggar larangan itu boleh dikenakan denda 100,000 Baht atau RM12,750.