awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa dikerah, bendung kebakaran hutan Bolivia

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2024
22:30 MYT
Pihak berkuasa dikerah, bendung kebakaran hutan Bolivia
Keadaan berjerebu di Santa Cruz susulan kebakaran hutan terburuk di wilayah itu. - Foto REUTERS
SANTA CRUZ: Anggota bomba, polis, dan angkatan tentera dikerahkan ke wilayah pengeluar soya di Santa Cruz, Bolivia pada Selasa dan Rabu bagi membendung kebakaran hutan yang berterusan dan memusnahkan kawasan pertanian selama beberapa minggu.
Bolivia kini dilaporkan bersiap sedia menghadapi tahun yang berpotensi mencatat rekod kebakaran hutan terburuk, didorong oleh kemarau dan aktiviti pembersihan tanah.
Ia susulan kegiatan penternakan lembu yang semakin berleluasa serta pengeluaran bijirin di Santa Cruz yang merupakan hab pertanian di negara itu.
Meskipun api dilaporkan marak selama beberapa minggu, asap di bandar-bandar seperti Santa Cruz dan Cochabamba semakin memburuk.
Situasi itu sekaligus menyebabkan paras pencemaran udara tertinggi di dunia.
Kebakaran tersebut turut memaksa penutupan sekolah dan mengganggu penerbangan komersial.
Presiden Bolivia, Luis Arce telah menggesa bantuan antarabangsa dan berjanji bahawa usaha kerajaan "tidak akan berhenti" sehingga kebakaran berjaya dipadamkan.
Sementara itu, Wilber Melgar, wakil Orang Asli di wilayah Ibon Del Beni yang juga terjejas akibat kebakaran, menyalahkan para penternak kerana menggunakan kaedah tebas dan bakar untuk membersihkan kawasan pertanian.
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#kawasan pertanian
#pengeluar soya
#pencemaran udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan