awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Indonesia guna semburan wap air untuk bersihkan udara Jakarta

Bernama
Bernama
12/09/2023
11:24 MYT
Pihak berkuasa Indonesia guna semburan wap air untuk bersihkan udara Jakarta
Dua pesawat Cessna tentera dikerah untuk menyerakkan molekul air ke langit bagi mencipta proses penyejatan buatan. - Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB)
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia melaksanakan kaedah hujan buatan menggunakan teknik semburan wap air bagi mengurangkan pencemaran udara di ibu negara.
Jurucakap agensi pengurusan bencana (BNPB) Abdul Muhari dalam satu kenyataan berkata hasil yang ketara telah dicapai dengan penurunan tahap pencemaran zarah 2.5, menjadikan udara lebih bersih di kawasan Jakarta.
BNPB dengan kerjasama agensi penyelidikan dan meteorologi, mengerah dua pesawat Cessna tentera untuk menyerakkan molekul air ke langit bagi mencipta proses penyejatan buatan.
Operasi yang dijalankan pada 4 Sept sehingga malam tadi merangkumi tempoh penerbangan 82 jam 50 minit dan 70,500 liter air.
"Setiap pesawat melakukan empat penerbangan di pelbagai kawasan di Jakarta dalam satu hari, termasuk Jakarta Pusat, Jakarta Timur, dan Jakarta Utara," kata Abdul Muhari.
Bulan lalu, ibu kota itu dikenal pasti sebagai bandar paling tercemar di dunia, berdasarkan data daripada IQAir, sebuah firma Switzerland yang pakar dalam teknologi kualiti udara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#semburan wap air
#pencemaran udara
#BNMP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan