awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa New York siasat Facebook dedah 1.5 juta emel tanpa izin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/04/2019
00:18 MYT
Pihak berkuasa New York siasat Facebook dedah 1.5 juta emel tanpa izin
Satu siasatan berhubung kes pengumpulan maklumat email pengguna Facebook, tanpa izin terhadap lebih 1.5 juta pengguna laman sosial tersebut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa New York. Gambar REUTERS
Satu siasatan berhubung kes pengumpulan maklumat emel pengguna Facebook, tanpa izin terhadap lebih 1.5 juta pengguna laman sosial tersebut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa New York.
Peguam Negeri New York, Letitia James dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, maklumat kenalan yang telah diambil dari akaun bersama jumlah maklumat bilangan pengguna yang tidak sepatutnya diperolehi berkemungkinan mencecah ratusan juta.
Minggu lepas, James mendedahkan bahawa Facebook tidak mengambil serius peranannya dalam melindungi maklumat peribadi pengguna laman sosial tersebut.
“Sudah tiba masa Facebook dipertanggungjawabkan bagaimana ia mengendalikan maklumat peribadi pengguna," katanya.
Sementara itu, Facebook dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa syarikat itu sedang berhubung dengan pejabat Peguam Negeri New York dan akan memberi maklum balas mengenai isu tersebut.
Minggu lepas, Facebook berkata pihaknya mungkin secara “tidak sengaja” telah memuat naik kira-kira 1.5 juta maklumat email pengguna baharu sejak Mei 2016.
Jelas syarikat gergasi itu, maklumat kenalan itu tidak akan dikongsi kepada sesiapa selain pihaknya berjanji akan memadamnya.
Pada Rabu, Facebook berkata telah memperuntukkan AS$3 bilion (RM12.45 bilion) untuk menampung kos penyelesaian dengan Suruhanjaya Perdagangan (FTC) Amerika Syarikat (AS) mengenai isu-isu privasi.
Dalam pada itu, FTC telah menyiasat kenyataan bahawa Facebook tidak berkongsi maklumat yang dimiliki oleh 87 juta penggunanya dengan firma pemasaran analisis Britain, Cambridge Analytica, yang kini sudah tidak beroperasi.
Siasatan itu menumpukan kepada sama ada perkongsian data dan pertikaian lain melanggar perjanjian 2011 dengan FTC untuk melindungi privasi pengguna.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#emel
#Facebook
#laman sosial
#maklumat peribadi
#New York
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan