awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa persaingan Switzerland arah Booking.com kurangkan kadar komisen

Bernama
Bernama
21/05/2025
22:45 MYT
Pihak berkuasa persaingan Switzerland arah Booking.com kurangkan kadar komisen
Booking.com, kadar komisen sedia ada akan kekal sementara rayuan terhadap keputusan itu diproses.
GENEVA: Pihak berkuasa persaingan Switzerland pada Rabu mengarahkan Booking.com untuk mengurangkan kadar komisen bagi tempahan hotel hampir suku daripada kadar semasa, selepas rundingan antara kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan, lapor agensi berita Jerman dpa.
Booking.com yang berpangkalan di Amsterdam berkata ia akan mencabar keputusan tersebut melalui tindakan undang-undang.
Siasatan pihak berkuasa Switzerland mendapati platform tempahan hotel dalam talian itu telah menyalahgunakan kedudukan pasaran untuk mengenakan kadar komisen yang dianggap sebagai "amalan tidak wajar".
Pihak berkuasa itu menjelaskan bahawa langkah tersebut bertujuan "untuk mengukuhkan daya saing hotel di Switzerland dalam pasaran global yang mencabar dan secara tidak langsung mengurangkan beban kewangan ke atas pelanggan."
Booking.com membantah keputusan itu dan menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan pengurangan paksa terhadap produk yang sepenuhnya bersifat pilihan. Syarikat itu menegaskan bahawa hotel tidak dipaksa menawarkan bilik mereka melalui platform berkenaan, yang mendakwa sebagai platform terbesar seumpamanya.
Menurut Booking.com, kadar komisen sedia ada akan kekal sementara rayuan terhadap keputusan itu diproses.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Booking con
#kadar komisen
#tindakan undang-undang
#tempahan hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami