awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Thailand patahkan cubaan seludup 47 kera

Bernama
Bernama
06/03/2023
14:22 MYT
Pihak berkuasa Thailand patahkan cubaan seludup 47 kera
Siasatan ke atas pemandu pikap mendapati haiwan itu akan dihantar ke wilayah Nong Khai, dekat dengan negara jiran Laos. - Gambar hiasan/Unsplash
BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand mematahkan cubaan menyeludup 47 ekor kera selepas menahan sebuah pikap dalam satu pemeriksaan di Nakhon Ratchasima.
Pengarah Jabatan Pemuliharaan Taman Negara, Hidupan Liar dan Tumbuhan (DNP) di Nakhon Ratchasima, Aram Thaphiran berkata pihak berkuasa telah memintas dua pikap kira-kira 12.10 pagi (waktu tempatan) pada Isnin.
"Hasil pemeriksaan, pegawai menemukan 47 ekor kera yang disembunyikan dalam enam sangkar plastik di belakang satu daripada pikap itu.
"Pegawai menahan dua pemandu berusia 37 dan 43 tahun," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pemandu berusia 37 tahun itu memberitahu polis bahawa haiwan itu akan dihantar ke wilayah Nong Khai, dekat dengan negara jiran Laos.
Kedua-dua pemandu itu akan didakwa atas kesalahan menyeludup hidupan liar.
Sementara itu, media tempatan melaporkan bahawa pemandu pikap berusia 37 tahun yang mengangkut kera itu berkata dia dibayar 17,000 baht untuk mengambil sangkar haiwan dari Taman Negara Khao Takhrong di Ratchaburi dan menghantarnya ke Nong Khai.
Kedua-duanya mengakui tidak mengetahui haiwan itu dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan dan Perlindungan Hidupan Liar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seludup
#kera
#hidupan liar
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan