DUNIA
Pilihan raya Majlis Perundangan kelapan Macao bermula

Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Pilihan Raya Seng Ioi Man (kanan) berkata semua persiapan menjelang pilihan raya yang dijadual pada Ahad, telah selesai. - Foto Government Information Bureau of the Macao Spec
MACAO: Pilihan raya bagi memilih anggota Majlis Perundangan kelapan Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Macao bermula pada pagi Ahad, lapor Xinhua.
Proses pengundian dibuka pada 9.00 pagi dan dijadualkan berakhir pada 9.00 malam waktu tempatan.
Keputusan awal dijangka diumumkan pada awal pagi Isnin.
Majlis Perundangan itu akan mempunyai 33 kerusi, dengan 14 anggota dipilih secara undian langsung, 12 melalui cara tidak langsung, manakala tujuh lagi akan dilantik oleh ketua eksekutif SAR Macao dalam tempoh 15 hari selepas menerima keputusan rasmi pilihan raya.Pilihan raya kali ini melibatkan 37 lokasi pengundian dengan 38 pusat pengundian bagi undian langsung dan lima bagi undian tidak langsung.
Pada 2024, SAR Macao telah meminda Undang-Undang Pilihan Raya Majlis Perundangan, termasuk memperbaiki proses semakan kelayakan calon bagi memperkukuh prinsip "patriot mentadbir Macao" dalam rangka perundangan, di samping menambah baik beberapa peringkat proses pilihan raya bagi memastikan ia dijalankan dengan adil, telus, bersih dan teratur.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami