Skip to main content

Dunia

Pilihan raya presiden Bangladesh diadakan 20 Ogos

Voters stand in the queue to cast their vote at a polling station during the 13th general election in Dhaka, Bangladesh, February 12, 2026. REUTERS/Mohammad Ponir Hossain
Pilihan raya presiden Bangladesh akan diadakan pada 20 Ogos ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu pada Khamis. - Gambar fail/hiasan/REUTERS
Advertisement

DHAKA: Pilihan raya presiden Bangladesh akan diadakan pada 20 Ogos ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu pada Khamis, lapor Xinhua.

Setiausaha Kanan Suruhanjaya Pilihan Raya Akhtar Ahmed membuat pengumuman itu pada sidang media di Dhaka sambil memaklumkan bahawa borang pencalonan perlu dikemukakan pada 13 Ogos.

Beliau berkata suruhanjaya itu telah menerima daftar pemilih yang merangkumi 350 anggota Parlimen daripada Sekretariat Parlimen bagi tujuan pilihan raya presiden.

Presiden Bangladesh Mohammed Shahabuddin Chuppu pada 24 Julai mengemukakan peletakan jawatannya menerusi sepucuk surat kepada Speaker Parlimen Hafiz Uddin Ahmad dengan alasan masalah kesihatan yang serius.

Sekretariat Parlimen kemudian mengesahkan kepada media bahawa Speaker Parlimen Hafiz Uddin Ahmad telah mula menjalankan tugas presiden selaras dengan Perlembagaan susulan peletakan jawatan Mohammed Shahabuddin Chuppu.

Menurut Perlembagaan Bangladesh, anggota Parlimen merupakan pengundi dalam pilihan raya presiden negara itu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement