awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pintu rundingan dengan Korea Utara masih terbuka - Tillerson

Agensi
Agensi
15/12/2017
21:28 MYT
Pintu rundingan dengan Korea Utara masih terbuka - Tillerson
Amerika Syarikat sedia berunding secara terus dengan Korea Utara berhubung isu nuklear - AFP
Amerika Syarikat sedia berunding secara terus dengan Korea Utara berhubung isu nuklear.
Setiausaha Negaranya, Rex Tillerson memaklumkan Washington tidak akan bersetuju dengan rundingan pra-syarat, namun Pyongyang sedia maklum saluran komunikasi bagi membincangkan pembubaran program nuklear mereka, sedia terbuka.
"Kami tidak akan menerima sebarang pra-syarat untuk rundingan. Kami tidak akan mengurangkan sekatan semata-mata untuk berunding. Saluran komunikasi kekal terbuka, dan mereka (Pyongyang) tahu bagaimana untuk melakukannya," kata Tillerson dalam satu sidang media selepas mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini berikrar untuk mengelakkan penglibatan tentera, bagi mengekang tindakan Pyongyang melengkapkan penghasilan peluru berpandu yang boleh digunakan untuk menyerang Amerika Syarikat.
Tahun ini sahaja, Korea Utara sudah mengendalikan lebih 20 ujian peluru berpandu balistik.
Ujian terbaru dilakukan pada November lalu dengan pakar menyifatkan ia mampu membawa peledak nuklear sehingga ke timur Amerika.
Sekatan yang diketuai Amerika ke atas Pyongyang serta pengasingan diplomatik sehingga kini belum memberi kesan ke atas republik itu daripada menghentikan ujian nuklearnya.
Topic Berkaitan
#Diplomatic
#Donald Trump
#Korea Utara
#North Korea
#nuklear
#Pyongyang
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan