awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Plot bunuh suami gagal, 17 saudara jadi mangsa

Hakim Rahman
Hakim Rahman
02/11/2017
11:06 MYT
Plot bunuh suami gagal, 17 saudara jadi mangsa
Suspek meletakkan racun ke dalam susu untuk diberikan kepada suaminya namun digunakan ibu mertua membuat yogurt.
Niat buruk membunuh suami sendiri gagal sebaliknya 17 saudara pula yang maut akibat terminum susu beracun.
Suspek Aasia Bibi, yang berkahwin paksa September lalu merancang untuk memberikan susu beracun itu kepada suaminya.
Namun, rancangan itu gagal selepas suaminya enggan meminum susu berkenaan.
“Amjad (suami suspek) tidak minun susu itu selepas mengetahui ia mengandungi racun yang biasanya digunakan untuk membunuh tikus,” kata Ketua Polis Daerah Malik Owais Ahmed.
Ibu mertua Aasia yang tidak mengetahui mengenai 'susu beracun' itu kemudian menggunakan susu terbabit untuk membuat yogurt dan menghidangkannya kepada 27 saudara mara mereka menyebabkan 17 daripada mereka maut manakala 10 lagi dirawat di hospital.
Suspek bertindak demikian kerana tidak bahagia dengan perkahwinan yang diatur dan mahu kembali kepada teman lelakinya.
Siasatan polis mendapati plot bunuh berkenaan dirancang teman lelaki suspek yang juga memberikan racun berkenaan kepada suspek.
"Dia (teman lelaki) suruh saya campurkan racun itu dengan sesuatu dan beri suami minum. Dia berjanji akan berkahwin dengan saya selepas itu," kata Aasia.
Sesal dengan kejadian yang berlaku suspek berkata dia hanya menyasarkan suaminya selepas usahanya untuk meminta cerai gagal.
Kebanyakan ibu bapa di Pakistan mengatur perkahwinan anak perempuan mereka.
Topic Berkaitan
#bunuh
#kahwin paksa
#Pakistan
#racun
#racun tikus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan