LONDON: Perdana Menteri baharu United Kingdom (UK) Rishi Sunak pada Selasa mengumumkan barisan Kabinet baharunya dengan perpaduan dalam parti menjadi pertimbangan utamanya, lapor Anadolu.
Jeremy Hunt, seorang sentris, kekal sebagai Canselor (Menteri Kewangan), dengan James Cleverly, sekutu bekas perdana menteri Boris Johnson, juga mengekalkan jawatannya sebagai Setiausaha Luar dalam usaha Sunak untuk mengekalkan kestabilan kerajaan.
Suella Braverman pula kembali sebagai Setiausaha Dalam Negeri selepas meletak jawatan beberapa hari lalu kerana melanggar kod tatalaku menteri, selain beliau juga berselisih dengan bekas perdana menteri Liz Truss dalam mengetatkan kawalan imigresen.
Braverman mewakili sayap kanan parti dan pelantikan semula beliau sekali gus memberikan puak itu wakil dalam Kabinet Sunak.
Dominic Raab, seorang penyokong Sunak, akan memainkan semula peranannya sebagai Setiausaha Kehakiman dan Timbalan Perdana Menteri, jawatan yang disandangnya semasa pemerintahan bekas perdana menteri Boris Johnson.
Steve Barclay pula ialah Setiausaha Kesihatan baharu, menggantikan Therese Coffey, sekutu terdekat dan timbalan perdana menteri Liz Truss, pendahulu Sunak yang meletak jawatan selepas 49 hari memegang jawatan. Coffey kini menjawat jawatan sebagai Setiausaha Alam Sekitar.
Ben Wallace telah dilantik semula sebagai Setiausaha Pertahanan, dan Gillian Keegan sebagai Setiausaha Pendidikan.
Penny Mordaunt kekal sebagai ketua Dewan Perwakilan House of Commons. Beliau dua kali cuba untuk mendapatkan sokongan untuk dilantik sebagai pemimpin parti, dengan kali pertama beliau gagal dan pada kali kedua menarik diri daripada pertandingan pada saat akhir pada Isnin selepas gagal mencapai sokongan yang diperlukan.
Michael Gove, seorang tokoh berpengaruh dalam Parti Konservatif, akan kembali sebagai Setiausaha Perumahan dan Komuniti serta Penaik Taraf serta Menteri Perhubungan Antara Kerajaan, yang dipecat daripada jawatan itu pada hari-hari terakhir pentadbiran Johnson sebagai perdana menteri.
Kemi Badenoch, seorang bintang parti sayap kanan yang sedang meningkat naik berdasarkan pendiriannya dalam "perang budaya" dan pendirian lembut terhadap krisis iklim, kekal sebagai Setiausaha Perdagangan Antarabangsa.
Alister Jack dan Chris Heaton-Harris masing-masing dilantik semula sebagai Setiausaha Scotland dan Ireland Utara, dan David TC Davies menjadi Setiausaha Wales.
Nadhim Zahawi dilantik sebagai pengerusi baharu Parti Konservatif.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2022

Perdana Menteri UK Rishi Sunak mengadakan mesyuarat Kabinet pertamanya di Downing Street London pada Rabu. - AP

Anugerah Grammy 2023 | Harry Styles rangkul Album Terbaik menerusi 'Harry's House'
Anugerah Grammy 2023 melabuhkan tirainya dengan menyaksikan bintang terkemuka, Harry Styles merangkul anugerah Album Terbaik menerusi album Harry's House.

KKM | Kertas Putih Kesihatan dalam fasa akhir disiapkan
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam fasa akhir menyediakan kertas putih membabitkan dasar asas baharu kepada sektor perkhidmatan kesihatan negara.

Gempa Bumi | Pelbagai negara tawar bantuan ke Turkiye, Syria
Beberapa negara telah menyatakan kesediaan untuk menghantar pasukan mencari dan menyelamat bagi menangani kesan gempa bumi itu.

Gempa Bumi | Banyak NGO hubungi Wisma Putra untuk bantu Turkiye
Zambry juga memaklumkan beliau menerima banyak panggilan daripada masyarakat yang mahu sama-sama terbang ke Turkiye, membantu rakyat di sana.

Gempa Bumi | Malaysia hantar Pasukan SMART, fokus operasi mencari, menyelamat
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang disertai seramai 70 anggota dan empat anjing pengesan k9 dihantar Turkiye pada Isnin.

Gempa Bumi | 12 rakyat Malaysia selamat, berjaya dihubungi
Semua 12 rakyat Malaysia yang berada di kawasan gempa bumi di Turkiye dan sekitarnya berjaya dihubungi dan mereka kini berada dalam keadaan selamat.

Gempa Bumi | Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada kerajaan Turkiye dan Syria serta rakyatnya berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan.

Gempa Bumi | Situasi semasa gempa bumi di Turkiye
Untuk mendapatkan perkembangan dan situasi pelajar di Turkiye. Langsung pada ketika ini Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT), Muhammad Adib Nor Azman.

10 Berita Pilihan - (06 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa Bumi | Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye sahkan mereka selamat
Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye (MASAT) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

G20: PM Britain kritik Rusia susulan konflik Ukraine
Sunak turut mengumumkan generasi baharu frigat United Kingdom untuk meningkatkan pertahanan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

PM baharu UK Rishi Sunak lantik barisan baharu Kabinet
Perdana Menteri baharu Britain Rishi Sunak pada Selasa mengumumkan barisan Kabinet baharunya dengan perpaduan dalam parti menjadi pertimbangan utamanya.

'Sampai di sini sahaja" - Ucapan terakhir Boris Johnson di 10 Downing Street
"Sampai di sini sahaja," kata Boris Johnson dalam ucapan terakhirnya sebagai perdana menteri pada Selasa.

Calon PM Britain: Liz Truss mendahului Sunak - Tinjauan
Liz Truss berada 22 mata peratusan di hadapan pesaingnya Rishi Sunak dalam persaingan untuk menjadi Perdana Menteri Britain.

Isu Boris Johnson: Ahli Parlimen Britain desak Laporan Gray didedahkan
Kemarahan tercetus selepas pasukan polis UK menuntut maklumat berhubung kes itu dikeluarkan daripada laporan sementara siasatan masih dijalankan.

COVID-19: PM Britain, Boris Johnson dibenarkan keluar hospital
Beliau bagaimanapun tidak dibenarkan kembali bertugas serta-merta meskipun disahkan pulih selepas menjalani rawatan selama 10 hari.