LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menafikan dakwaan bahawa undang-undang COVID-19 yang dilaksanakan ketika ini adalah tidak berasas.

Ia selepas pengumuman hampir kesemua sekatan COVID-19 yang dikuatkuasakan sebelum ini akan ditarik semula.

Kepimpinan Johnson kini diragui selepas beliau dalam siasatan atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan terlibat dalam sebuh parti di Downing Street.

Namun, Johnson tetap dengan pendirian bahawa itu adalah perancangan parti pembangkang bagi menjatuhkannya dan menarik perhatian umum daripada pengumuman sekatan ditarik semula.

Dalam temu bual bersama BBC pada Ahad, Johnson menegaskan bahawa sudah tiba masa untuk kepercayaan rakyat dikembalikan.

Apatah lagi kini kes harian COVID-19 dan kadar penggunaan katil di hospital susulan penularan varian Omicron adalah terkawal.

Johnson tetap tegaskan agar rakyat perlu terus berwaspada memandangkan ia adalah wabak bahaya tertutamanya terhadap mereka yang masih belum divaksinasi.

Untuk rekod, di bawah pelan Hidup Bersama COVID, kerajaan bercadang untuk menghentikan proses isolasi kendiri sekiranya dijangkiti.