awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Haiti, Conillle stabil selepas dimasukkan ke hospital

Bernama
Bernama
09/06/2024
22:00 MYT
PM Haiti, Conillle stabil selepas dimasukkan ke hospital
Perdana Menteri Garry Conille, yang dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas serangan asma, kini stabil. - Gambar fail REUTERS
MOSCOW: Keadaan Perdana Menteri Haiti, Garry Conille, yang dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas serangan asma, kini stabil, kata pejabatnya pada Ahad, lapor Sputnik.
Agence France-Presse sebelum ini melaporkan bahawa Conille dimasukkan ke hospital selepas serangan asma, sambil menambah bahawa Perdana Menteri itu mungkin akan dihantar ke luar negara untuk rawatan.
"Selepas seminggu menjalani aktiviti yang intensif, pada petang Sabtu, 8 Jun 2024, Perdana Menteri Garry Conille merasa kurang sihat dan pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan. Keadaannya kini stabil," kata pejabatnya dalam satu kenyataan di laman X.
Pada akhir Mei, Majlis Peralihan Presiden Haiti memilih Conille, Pengarah Jabatan Tempatan Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), untuk mengetuai kerajaan sementara.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada tahun 2011-2012.
Haiti telah lama dilanda krisis sosial dan politik yang meningkat selepas pembunuhan Presiden Jovenel Moise pada 7 Julai 2021.
Negara ini telah menghadapi peningkatan aktiviti kumpulan penjenayah yang belum pernah terjadi sebelumnya, manakala keadaan kemanusiaan semakin merosot akibat pelbagai bencana alam. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Haiti
#Garry Conille
#asma
#Garry Conille dimasukkan ke hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan