KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghoskan majlis makan malam sempena lawatan negara Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini.
Ketibaan Marcos bersama pasangannya Louise Araneta-Marcos di KLCC kira-kira 7.50 malam, disambut Anwar serta isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kedua-dua pasangan kemudian dibawa naik ke tingkat 86 menara berkenaan dan meluangkan masa kira-kira 10 minit menikmati pemandangan ibu kota dari dek tinjau bangunan itu.
Mereka seterusnya bergerak ke tingkat 42 menara bagi menghadiri majlis makan malam itu yang turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Anwar dan Marcos bersama pasangan masing-masing kemudiannya meluangkan masa meninjau jambatan KLCC yang menghubungkan kedua-dua menara berkembar itu yang juga berada di aras 42 sebelum bergerak meninggalkan majlis.
Terdahulu pada sebelah petang, Presiden Filipina yang sedang dalam lawatan negara sulungnya ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam, mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri di Putrajaya.
Sebelum itu Marcos dan isteri diberi sambutan negara dengan kehadiran mereka di Istana Negara di sini, disambut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023
Terdahulu pada sebelah petang, Presiden Filipina yang sedang dalam lawatan negara sulungnya ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam, mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri di Putrajaya. - Bernama
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
BSMF 2024 tinggalkan kenangan manis buat lebih 30,000 pengunjung
Lebih 30,000 pengunjung menghadiri Borneo Sonic Music Festival 2024 yang berlangsung dua hari di Bandaraya Kuching dengan menampilkan barisan artis terkemuka antarabangsa dan tempatan antaranya Rain, Bunga Citra Lestari, Young-jae, Yuna dan Judika.
Verdon tanding DUN Tanjong Kapor atas tiket Bebas
Datuk Verdon Bahanda memberitahu Awani Borneo bahawa beliau akan kekal sebagai calon Bebas pada PRN ke-17 Sabah.
Verdon nekad tanding DUN Tanjong Kapor
Datuk Verdon Bahanda mengesahkan akan bertanding di kerusi DUN Tanjong Kapor pada Pilihan Raya Negeri ke-17 Sabah.
Agong, Raja Permaisuri berkenan bertemu rakyat Malaysia di Brunei
Kira-kira 300 diaspora Malaysia hadir dalam majlis berkenaan antaranya ahli perniagaan, Persatuan Warganegara Malaysia dan Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia.
USIA masih relevan bantu bangunkan masyarakat Islam Sabah
Yang Dipertua (YDP) USIA pusat, Datuk Sapawi Ahmad berkata selain meneruskan usaha menggerakkan dakwah islamiah di negeri itu, USIA juga menggariskan pelan strategik antaranya mewujudkan sebuah pusat latihan dakwah melibatkan usahasama Institut Kemahiran Islam Malaysia Darul RIdzuan atau IKDAR.
Kapal di kawasan pendaratan ikan mega Sarawak akan ditambah - LKIM
Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzilmerancang untuk menambah jumlah kapal nelayan di kompleks pendaratan ikan mega di Tanjong Bako dan Tanjong Manis bagi membolehkan Sarawak menjadi peneraju perikanan dalam negara.
Semua pakej Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dalam status pelaksanaan
Kesemua pakej Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah kini berada dalam status pelaksanaan susulan penyerahan surat setuju terima lantikan kepada kontraktor baru-baru ini.
Kanak kanak putus kepala, kaki dipercayai dibaham buaya
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun putus kepala dan tangan dipercayai dibaham buaya ketika mandi bersama rakan di Pantai Sinakut, Felda Sahabat 16 Lahad Datu.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat petang ini
Di Perak, 262 orang daripada 85 keluarga berada di PPS petang ini berbanding 166 orang daripada 51 keluarga pagi tadi.
Malaysia minta agar Kanada berikan kemudahan pengecualian visa
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah meminta agar Kanada dapat memberikan kemudahan pengecualian visa secara timbal balik.
Malaysia usulkan tiga langkah, tingkatkan potensi ASEAN dalam perdagangan
Malaysia menggariskan tiga langkah dalam usaha meningkatkan potensi ASEAN dalam memacu pertumbuhan perdagangan, hubungan pelaburan dan transformasi digital.
[KOLUMNIS] Isu bahasa: Kritikan perlu berasas
Kritikan terhadap ucapan Anwar dalam Majlis Perasmian Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) 2024 ini sebenarnya adalah tidak perlu.
FAM bakal wujud unit khas kendali Harimau Malaya, B-23
FAM akan mewujudkan satu unit baharu bagi memantau prestasi dan menguruskan skuad bola sepak negara secara khusus.
Pakistan jadi pintu masuk Malaysia teroka pasaran Asia Tengah
Malaysia perlu meneroka peluang untuk menjadikan Pakistan sebagai pintu masuk ke pasaran Asia Tengah terutama membabitkan Kyrgyzstan, Tajikistan, Kazakhstan, Uzbekistan dan Turkmenistan.
Pakistan naik taraf lawatan kerja PM Anwar kepada Lawatan Negara
Kerajaan Pakistan menaik taraf status lawatan kerja Perdana Menteri Anwar kepada Lawatan Negara, menandakan persahabatan yang akrab antara kedua-dua negara.
Parti pemerintah Jepun pilih pemimpin baharu gantikan Kishida
Parti pemerintah Jepun akan memilih pemimpin baharu pada Jumaat untuk menggantikan Perdana Menteri Fumio Kishida.
PM mahu rumah Orang Asli dibina ikut budaya mereka - Ahmad Zahid
Perdana Menteri mahu pembinaan rumah bagi penempatan masyarakat Orang Asli didirikan mengikut cita rasa dan budaya masyarakat itu.
'Kenapa pembangkang diam bila ringgit mengukuh?’ – PM Anwar
Tindakan pembangkang yang berdiam diri dengan situasi ringgit yang mengukuh menimbulkan persoalan tentang peranan semak dan imbang mereka.
PM arah agensi, badan berkanun dapat kelulusan menteri untuk lawatan luar negara - Fahmi
Perdana Menteri mengarahkan semua agensi dan badan berkanun mendapatkan kelulusan menteri masing-masing untuk lawatan ke luar negara.