awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Jepun batal lawatan ke Asia Tengah dan Mongolia berhubung nasihat gempa bumi besar

Bernama
Bernama
09/08/2024
08:50 MYT
PM Jepun batal lawatan ke Asia Tengah dan Mongolia berhubung nasihat gempa bumi besar
Kishida membatalkan lawatan luar negara untuk "memberi tumpuan kepada tindak balas kerajaan dan penyebaran maklumat" mengenai potensi gempa bumi besar. - Reuters
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Jumaat membatalkan lawatan empat hari yang dirancang ke Kazakhstan, Uzbekistan dan Mongolia, selepas agensi meteorologi mengeluarkan amaran risiko potensi gempa bumi besar di kawasan luas Pasifik yang merentangi dari barat daya hingga tengah Jepun telah meningkat.
Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan nasihat pertama untuk kawasan sekitar Palung Nankai beberapa jam selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda barat daya negara itu pada Khamis.
Berita Kyodo melaporkan Kishida berkata pada sidang media selepas menghadiri upacara keamanan di Nagasaki yang menandakan ulang tahun ke-79 pengeboman atom oleh Amerika Syarikat (AS), bahawa beliau membatalkan lawatan luar negara untuk "memberi tumpuan kepada tindak balas kerajaan dan penyebaran maklumat" mengenai potensi gempa bumi besar.
"Sebagai pegawai tertinggi yang bertanggungjawab dalam pengurusan krisis negara, sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, saya harus kekal di Jepun sekurang-kurangnya selama seminggu," sambil agensi cuaca menyeru orang ramai untuk bersiap sedia menghadapi senario sedemikian, tambah Kishida.
Kishida dijadualkan menghadiri sidang kemuncak pertama Jepun dengan negara Asia Tengah -- Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan -- di Astana, ibu negara Kazakhstan, pada malam Jumaat.
Di ibu negara Mongolia, Ulaanbaatar pada Isnin, pemimpin Jepun itu dijadualkan bertemu dengan Presiden negara itu Ukhnaa Khurelsukh dan Perdana Menteri Luvsannamsrai Oyun-Erdene.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#batal lawatan
#Fumio Kishida
#Asia Tengah
#Mongolia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan