awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Jepun Kishida dijangka lantik semula menteri Kabinet pada Rabu

Bernama
Bernama
09/11/2021
13:55 MYT
PM Jepun Kishida dijangka lantik semula menteri Kabinet pada Rabu
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dijangka akan melantik semula anggota Kabinet pada Rabu selepas parti yang memerintah memenangi pilihan raya umum, sekali gus memberinya mandat untuk meneruskan agenda ekonomi dan diplomatik. - Gambar fail/AP
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dijangka akan melantik semula anggota Kabinet pada Rabu selepas parti yang memerintah memenangi pilihan raya umum, sekali gus memberinya mandat untuk meneruskan agenda ekonomi dan diplomatik, lapor Xinhua.
Barisan menteri Kabinet pada asasnya kekal tidak berubah kerana mereka baharu dilantik kira-kira sebulan lepas yang turut menampilkan muka baharu iaitu Yoshimasa Hayashi yang dilantik sebagai Menteri Luar.
Berdepan cabaran kesan pandemik COVID-19, Kishida dijangka memperkenalkan pakej rangsangan bernilai lebih 30 trilion yen (US$265 bilion) pada tahun ini, termasuk rancangan menyerahkan 100,000 yen secara tunai dan baucar kepada semua rakyat berumur 18 tahun ke bawah, menurut NHK News.
Kishida juga berikar merapatkan jurang pendapatan sebagai tindak balas kepada kritikan bahawa "Abenomics" hanya memberi keuntungan korporat dan harga saham tetapi tidak menaikkan kadar upah.
Parti Demokratik Liberal (LDP) dan sekutunya Komeito mengekalkan majoriti selesa di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum 31 Okt selepas memenangi 261 kerusi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Jepun
#Fumio Kishida
#menteri Kabinet
#Yoshimasa Hayashi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan