awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Kishida lawat AS, kali pertama dalam sembilan tahun

Bernama
Bernama
08/04/2024
23:15 MYT
PM Kishida lawat AS, kali pertama dalam sembilan tahun
Fumio Kishida yang berlepas ke Washington pada Isnin, merupakan pemimpin pertama Jepun melakukan lawatan negara ke Amerika Syarikat dalam tempoh sembilan tahun. - Gambar fail REUTERS
TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida yang berlepas ke Washington pada Isnin, merupakan pemimpin pertama Jepun melakukan lawatan negara ke Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh sembilan tahun - satu langkah yang menekankan peningkatan kepentingan persekutuan antara kedua-dua negara.
Semasa berada di AS, Kishida dijangka menghadiri satu sidang kemuncak bersama Presiden AS, Joe Biden pada Rabu di Washington dan akan menyampaikan ucapan dalam satu sesi bersama Kongres AS pada keesokan harinya, lapor Agensi Berita Kyodo yang memetik pegawai Kerajaan Jepun.
Kishida yang dijadualkan pulang ke Tokyo pada Ahad dijangka meyakinkan lagi Biden tentang kepentingan kerjasama Jepun-AS dalam pelbagai bidang daripada keselamatan dan teknologi terkini sehingga pengukuhan rantaian bekalan, kata pegawai berkenaan.
"Saya mengesahkan bahawa Jepun dan AS telah membina satu hubungan yang lebih kukuh dan ia merupakan satu peluang penting untuk menyampaikan mesej ini kepada dunia," Kishida memberitahu wartawan sebelum berlepas dari Tokyo.
Kishida berkata, lawatan negaranya ke AS akan membantu meningkatkan hubungan bilateral dan beliau akan menjadi Perdana Menteri Jepun pertama menyampaikan ucapan di Kongres AS sejak Shinzo Abe melakukannya pada April 2015. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Jepun
#Fumio Kishida
#Presiden Joe Biden
#lawatan ke Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan