RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye pada Jumaat menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksana inisiatif keamanan di Timur Tengah bagi menamatkan konflik dengan Israel.
Ishtaye membuat kenyataan itu dalam mesyuarat maya anjuran Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia Barat (ESCWA) di ibu pejabat PBB di New York sempena Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin, menurut Xinhua.
Beliau menggesa anggota PBB menyokong permohonan Palestin mendapatkan keahlian penuh dalam PBB, memberi tekanan kepada Israel untuk membenarkan pilihan raya umum diadakan di Palestin selain meminta Israel bertanggungjawab ke atas jenayah yang dilakukannya terhadap rakyat Palestin.
Palestin mahu menubuhkan sebuah negara merdeka bersama Israel di wilayah Palestin yang diduduki oleh Israel pada 1967 termasuk Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Pada Selasa, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengulangi pendirian PBB mengenai penyelesaian dua negara pada Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin.
"Pendirian PBB jelas: keamanan mesti dteruskan, pendudukan mesti ditamatkan. Kami teguh dalam komitmen kami untuk merealisasikan visi dua negara -- Israel dan Palestin -- hidup berdampingan dalam keadaan aman dan selamat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara," katanya menerusi satu mesej.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022

Ishtaye menggesa anggota PBB menyokong permohonan Palestin mendapatkan keahlian penuh dalam PBB. - Foto BERNAMA

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Amaran MetMalaysia | Amaran hujan sangat lebat di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga esok. Metmalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan daerah yang terbabit di Pahang adalah Rompin, manakala Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

Aksi tegang Levski Sofia-JDT, perlawanan ditamatkan awal
JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz, pada minit ke-24.

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

10 rakyat Palestin terkorban dalam operasi serbuan Israel
Ia merupakan hari berdarah buat warga Palestin di Tebing Barat ketika serbuan diadakan di kem pelarian yang sesak di bandar utara Jenin.

Polis tahan lelaki Palestin intai rumah pelajar wanita di Cyberjaya
Polis menahan seorang pelajar lelaki warga Palestin yang dipercayai mengintai sebuah rumah didiami pelajar wanita warga tempatan di Mutiara Ville di Cyberjaya.

OIC sambut baik PBB lulus resolusi mengenai pendudukan Israel
OIC memuji pendirian negara-negara yang menyokong resolusi itu yang menyaksikan komitmen tegas mereka terhadap undang-undang antarabangsa.

Piala Dunia Wanita FIFA julung kali tampilkan pengadil dari Palestin
Heba Saadia akan membuat penampilan pada kejonanan Piala Dunia Wanita di Australia dan New Zealand.

Konflik Israel-Palestin: Angka kematian tertinggi setakat tahun ini - PBB
Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Timur Tengah pada Isnin mendedahkan bahawa lebih 150 rakyat Palestin dan lebih 20 warga Israel telah terbunuh dalam konflik Israel-Palestin pada tahun ini.

Anwar terima panggilan Mahmoud Abbas, ucap tahniah sebagai PM ke-10
Anwar dalam masa sama turut menyatakan pendirian tegas Malaysia dalam membantu Palestin bebas dari cengkaman Zionis Israel.

Liga Arab kecam kempen 'sistematik' Israel terhadap Baitulmaqdis
Liga Arab mengecam peningkatan kempen "sistematik" Israel di Baitulmaqdis dan serangan ke atas rakyat Palestin serta mencemarkan kesucian tempat ibadat umat Islam dan Kristian

Palestin minta siasatan antarabangsa berhubung pembunuhan seorang gadis oleh Israel
Jana Zakarneh meninggal dunia pada Ahad selepas ditembak tentera Israel ketika melakukan serbuan di bandar Jenin, Tebing Barat.

Kezaliman dialami rakyat Palestin tidak boleh berlanjutan - Presiden China
Presiden China Xi Jinping melahirkan rasa tidak puas hati dengan kezaliman yang dialami rakyat Palestin serta mengesahkan sokongan China terhadap negara Palestin yang merdeka.

Israel musnahkan masjid di Hebron
Tentera Israel dilaporkan memusnahkan sebuah masjid di kompleks Khallet Taha, barat daya Hebron yang merupakan lokasi utama tempat ibadah umat Islam Palestin.