awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Sepanyol gesa Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB

Agensi
Agensi
23/09/2025
02:20 MYT
PM Sepanyol gesa Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB
Pedro Sanchez yang lantang mengkritik perang Israel di Gaza, pada Isnin menggesa agar Palestin diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Gambar AP
NEW YORK: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, yang lantang mengkritik perang Israel di Gaza, pada Isnin menggesa agar Palestin diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Berucap pada Perhimpunan Agung PBB, Sanchez berkata, sidang kemuncak yang diterajui Perancis mengenai pengiktirafan Palestin baru-baru ini merupakan satu titik penting, namun ia hanyalah permulaan.
“Negara Palestin mesti menjadi anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Proses kemasukan ini perlu diselesaikan segera, setara dengan negara-negara lain,” katanya.
Menurut beliau, langkah segera juga perlu diambil untuk menghentikan kekejaman dan membuka jalan kepada perdamaian.
Sepanyol antara negara Eropah yang iktiraf Palestin
Sanchez, pemimpin berhaluan kiri, kekal sebagai antara pengkritik paling lantang terhadap serangan balas Israel di Gaza susulan serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.
Sepanyol bersama Ireland dan Norway, telah pun mengiktiraf negara Palestin pada Mei lalu.
Tindakan itu mencetuskan ketegangan diplomatik, termasuk apabila Menteri Luar Israel, Gideon Saar, menuduh Sanchez sebagai “antisemitik” dan “pembohong” selepas beliau menyatakan sokongan terhadap penunjuk perasaan pro-Palestin yang mengganggu perlumbaan berbasikal Vuelta di Sepanyol.
Susulan kenyataan itu, Madrid memanggil diplomat tertinggi Israel di Sepanyol bagi menyatakan bantahan rasmi. - Agensi
Topic Berkaitan
#Palestin
#anggota penuh PBB
#Perdana Menteri Sepanyol
#Pedro Sanchez
#iktiraf Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan