Skip to main content

Dunia

PM Sepanyol sah hadir final Piala Dunia 2026

71712041042_pedrosanchez.jpg
Kehadiran Sanchez (foto) disahkan pada Jumaat selepas jadual rasmi beliau berjaya disusun bagi membolehkan lawatan tersebut berlangsung. -Gambar fail
Advertisement

MADRID: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, disahkan akan hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2026 di antara Sepanyol dan juara bertahan Argentina Ahad ini.

Kehadiran Sanchez disahkan pada Jumaat selepas jadual rasmi beliau berjaya disusun bagi membolehkan lawatan tersebut berlangsung.

Sanchez dijadualkan berada di tempat duduk kenamaan (VIP) bersama Raja Felipe VI, Ratu Letizia dan dua puteri diraja Sepanyol di Stadium MetLife di New Jersey.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak akan ditemani isterinya, Begona Gomez.

Sejurus tamat perlawanan, Perdana Menteri Sepanyol itu dijadualkan berlepas ke Algeria bagi memulakan lawatan rasmi ke negara Afrika Utara berkenaan pada Isnin.

Kehadiran Sanchez di stadium turut dijangka menjadi perhatian berikutan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, turut disahkan menghadiri perlawanan tersebut.

Sanchez sebelum ini dikenali sebagai antara pengkritik dasar-dasar tertentu pentadbiran Trump, khususnya dalam beberapa isu antarabangsa.

Sementara itu, Presiden Argentina, Javier Milei, dilaporkan memilih untuk tidak menghadiri perlawanan akhir berkenaan atas kepercayaan peribadi yang dipegangnya.

Sanchez sebelum ini menyatakan keyakinan bahawa Sepanyol berupaya merangkul gelaran dunia buat kali kedua selepas kejayaan bersejarah mereka pada 2010.

 

Must Watch Video

Advertisement