Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha mengesahkan bahawa beliau tidak akan membincangkan isu ekstradisi dua bekas Perdana Menteri Thaksin dan Yingluck Shinawatra semasa lawatannya ke United Kingdom.
Lawatannya ke UK dan Perancis mulai esok hingga 26 Jun akan tertumpu kepada soal ekonomi, perdagangan dan pelaburan yang disifatkan Perdana Menteri itu sebagai perkara amat penting bagi Thailand.
"Saya tidak akan bincangkan perkara lain," kata beliau, bila ditanya oleh media sama ada beliau akan membincangkan isu ekstradisi itu dengan rakan sejawatan dari UK, Theresa May.
Prayut ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di Rumah Kerajaan di sini pada Selasa.
Media tempatan membuat spekulasi dua adik beradik itu, Thaksin dan adik perempuannya, Yingluck telah melarikan diri ke United Kingdom selepas masing-masing meloloskan diri keluar dari Thailand pada 2008 dan Ogos tahun lepas.
Lawatan Prayut itu merupakan kunjungan pertama oleh perdana menteri sejak Kesatuan Eropah (EU) memutus untuk melonggarkan sekatan ekonomi ke atas Thailand tahun lepas berikutan rampasan kuasa tentera pada 2014.
Sementara itu, Prayut berkata pilihan raya umum (PRU) Thailand akan diadakan selepas pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn, tetapi tidak pula menyatakan tarikh pertabalan.
Raja itu menaiki takhta berikutan kemangkatan bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada Okt 2016.
BACA: Raja Thailand Bhumibol Adulyadej mangkat setelah gering sejak lama
GALERI FOTO: Mengenang Raja Bhumibol Adulyadej
Prayut memberitahu pemberita bahawa PRU itu perlu mematuhi road-map yang ditetapkan oleh kerajaan pimpinan tentera.
Selepas penangguhan beberapa kali, perdana menteri itu berkata PRU itu akan berlangsung pada Februari tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 19 2018
Lawatan Prayut ke UK dan Perancis mulai esok hingga 26 Jun akan tertumpu kepada soal ekonomi, perdagangan dan pelaburan yang disifatkan Perdana Menteri itu sebagai perkara amat penting bagi Thailand. - Foto fail
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.