awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thailand bimbang peningkatan pertempuran berhampiran sempadan dengan Myanmar

Bernama
Bernama
21/04/2024
10:04 MYT
PM Thailand bimbang peningkatan pertempuran berhampiran sempadan dengan Myanmar
Srettha berkata beliau memantau rapi keadaan itu, dan komited untuk memastikan keselamatan rakyat Thailand. - Gambar fail/Bernama
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin menyatakan kebimbangannya terhadap perkembangan pertempuran bersenjata terbaharu di Myawaddy, Myanmar yang terletak di sempadan Thailand-Myanmar.
Srettha berkata beliau memantau rapi keadaan itu, dan komited untuk memastikan keselamatan rakyat Thailand berikutan pertempuran tentera Myanmar dan kumpulan etnik bersenjata di sebelah Myanmar berhampiran Jambatan Persabahatan Thailand-Myanmar kedua.
"Saya tidak ingin melihat pertempuran seperti itu memberi kesan kepada integriti wilayah Thailand dan kami bersedia untuk mempertahankan sempadan kami dan keselamatan rakyat kami. Pada masa sama kami juga bersedia untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan jika perlu," katanya dalam hantaran di laman X.
Srettha juga berkata beliau telah mengarahkan agensi berkaitan untuk bersedia berhadapan dengan segala keadaan di Jambatan Persahabatan di sebelah Myanmar.
"Selepas Mesyuarat Kabinet Selasa depan, saya akan pergi ke Daerah Mae Sot, Wilayah Tak untuk melawat dan memberikan semangat kepada anggota keselamatan serta mendengar takimat mengenai keadaan keseluruhan," katanya.
Media tempatan melaporkan Jurucakap Kementerian Luar Thailand Nikorndej Balankura berkata pasukan keselamatan telah ditempatkan di pelbagai lokasi di sepanjang sempadan untuk mengelak sebarang pelanggaran kedaulatan Thailand.
Kementerian itu sedang aktif menyelaraskan usaha bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan sempadan dan untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan.
Kerajaan Thailand telah menyediakan pusat bantuan bencana di Daerah Mae Sot, Phop Phra dan Mae Ramat untuk membantu mereka yang terkesan akibat keganasan yang berterusan itu.
Pertempuran di Myawaddy mula memuncak pada petang Jumaat apabila kumpulan penentang cuba mengambil alih bandar itu sementara lebih daripada 1,200 orang menyeberangi sempadan ke Thailand sejak konflik itu meningkat bagi mencari perlindungan, menurut laporan media.
Tentera Myanmar dengan lebih daripada 200 orang anggota yang berkubu berhampiran pusat pemeriksaan Sungai Moei menghadapi serangan dron puak penentang yang menggugurkan bom.
Keadaan masih kritikal dengan tentera Myanmar terus melakukan serangan udara ke atas kumpulan penentang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Srettha Thavisin
#pertempuran bersenjata
#sempadan Myanmar
#Thailand
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan