BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan menyumbang gaji dan elaun bulanan sepanjang menerajui perntadbiran negara kepada pelbagai badan amal dan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan.
Jurucakap kerajaan Chai Wacharonke berkata Srettha yang juga Menteri Kewangan menerima sejumlah 125,590 baht (termasuk gaji 75,590 baht dan elaun jawatan 50,000 baht) sebulan.
"Perdana Menteri percaya mengenai kelebihan menderma... oleh itu, beliau bercadang untuk memulakannya sendiri," katanya dalam satu kenyataan.
Chai berkata derma pertama akan disalurkan kepada Yayasan untuk Kanak-kanak.
Yayasan untuk Kanak-kanak ialah organisasi bukan untung yang berfungsi untuk melindungi hak, pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak, selain membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan gelandangan.
Chai berkata kumpulan kerja akan dibentuk untuk memilih penerima.
"Perdana menteri akan bertemu wakil badan amal dan yayasan untuk mendengar keperluan, serta masalah mereka dan untuk mencari penyelesaian lanjut," katanya.
Sebelum menceburi arena politik awal tahun ini, Srettha, 61, pernah menjadi presiden dan ketua eksekutif syarikat hartanah utama, Thailand Sansiri Plc.
Bangkok Post melaporkan, Srettha telah memindahkan 661,002,734 sahamnya dalam syarikat itu kepada anak perempuannya Chananda Thavisin pada Mac tahun ini. Saham itu dilaporkan bernilai 1.24 bilion baht.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023

Srettha yang juga Menteri Kewangan menerima sejumlah 125,590 baht (termasuk gaji 75,590 baht dan elaun jawatan 50,000 baht) sebulan. - Gambar fail/Reuters

MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu.

Pertahanan Young Tigers perlu diperkemas - Maninderjit
Skuad Young Tigers perlu memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan seandainya mahu menundukkan Mesir pada perlawanan klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 Kejohanan JWC esok.

Hon Jian-Muhammad Haikal raih kejuaraan kedua di India
Beregu muda lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri muncul juara Kejohanan Masters Guwahati 2023 di India, hari ini.
AWANI 7:45 [10/12/2023] - Penjelasan PM bersama TPM | Malam penentu All Stars Gegar Vaganza
Tiada lagi tebuk atap, atap Kerajaan Perpaduan kukuh ibarat konkrit.
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Filipina dan China berbalah isu pertembungan kapal
Filipina dan China saling menuduh berhubung perlanggaran kapal mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan mengenai tuntutan di laluan air penting itu memuncak.

Pengundian pilih PM Thailand diadakan sekali lagi Khamis depan
Parlimen Thailand akan bersidang pada Khamis depan untuk mengundi perdana menteri baharu kerana perhimpunan dwidewan yang dianggotai 749 anggota tidak dapat bersidang hari ini.

PM Thailand arah tingkat keselamatan, buru penyerang
Sehingga kini kira-kira 7,000 orang terbunuh dalam konflik di empat wilayah di selatan Thailand yang bergolak yang terdiri daripada Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla.