BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berkata beliau akan memastikan penghibur tahap atas atau 'gred A' akan mengadakan konsert di Thailand pada masa akan datang.
Kenyataan itu dibuat selepas berita Taylor Swift hanya akan singgah di Singapura, satu-satunya destinasi Asia Tenggara dalam The Eras Tour.
Bercakap di iBusiness Forum 2024 bertajuk "Membentuk Semula Thailand untuk Masa Depan Mampan", Srettha berkata, beliau maklum dengan persoalan rakyat Thailand tentang mengapa Swift tidak datang ke Thailand dan terpaksa terbang ke Singapura untuk menyaksikan konsertnya yang akan berlangsung selama enam hari bermula 2 Mac.
Tiket untuk kesemua enam tarikh konsert Swift di Stadium Nasional Singapura yang berkapasiti 55,000 tempat duduk, habis terjual.
Srettha mendakwa jawapan kepada persoalan itu ialah kerana kerajaan Singapura memberi subsidi AS$2 juta hingga AS$3 juta (500 juta baht) bagi setiap persembahan.
“Penghibur seperti Taylor akan dapat menarik penaja dan pelancong ke Thailand. Walaupun 500 juta baht itu untuk konsert, tetapi industri pelancongan, malahan peniaga di tepi jalan (akan mendapat manfaat),” katanya.
Srettha menambah bahawa beliau meletakkan akhir tahun ini sebagai sasaran kerana musim konsert perlu dirancang lebih awal.
Pada tahun 2014, Swift dijadualkan mengadakan konsert di Impact Arena Muang Thong Thani, tetapi kemudiannya membatalkan konsert tersebut, yang tiketnya telah habis dijual.
Pihak Swift tidak memberikan alasan mengapa konsert tersebut dibatalkan.
Agensi
Sat Feb 17 2024
Kenyataan itu dibuat selepas berita Taylor Swift hanya akan singgah di Singapura, satu-satunya destinasi Asia Tenggara dalam The Eras Tour.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Thailand senarai semula ganja sebagai narkotik
Kementerian Kesihatan diminta untuk meminda peraturan dan menyenaraikan semula ganja sebagai narkotik.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
PM Thailand minta bank tawar kadar faedah lebih rendah untuk bantu ekonomi
Kumpulan terdedah seperti PKS mempunyai masalah dengan kadar faedah yang tinggi, tegas Srettha Thavisin.
PM Srettha bakal lawat tiga wilayah di selatan Thailand
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dijadual melawat tiga wilayah di selatan iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat untuk mempromosikan pelancongan selain merangsang ekonomi tempatan.
PM Thailand ikrar bawa Taylor Swift, artis gred A ke Thailand
Kenyataan itu dibuat selepas berita Taylor Swift hanya akan singgah di Singapura, satu-satunya destinasi Asia Tenggara dalam The Eras Tour.
Thailand rancang perkenal visa Muay Thai
Kerajaan Thailand sedia menawarkan individu yang berminat untuk mempelajari Muay Thai dengan visa khas 90 hari (berbanding visa standard 60 hari).
Thailand, AirAsia bincang tambah perjalanan udara
Thailand merancang menambah penerbangan keluar dan masuk yang menghubungkan bandar utama dan bandar lain bagi merangsang ekonomi.
Parlimen Thailand lulus belanjawan 3.48 trillion baht
Bajet 2024 Thailand bertujuan merangsang pertumbuhan ekonomi berjaya menempuh halangan pertama di Parlimen pada malam Jumaat, selepas tertangguh akibat kebuntuan politik selama tiga bulan.
PM Thailand janji perkukuh hubungan di sempadan Thailand-Malaysia
Perdana Menteri Srettha Thavisin mahu mengeratkan hubungan Thailand-Malaysia melalui kerjasama yang dipertingkatkan.