awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thailand pecat dua timbalan menteri

Bernama
Bernama
09/09/2021
15:10 MYT
PM Thailand pecat dua timbalan menteri
Prayuth berkata kedua-dua timbalan menteri itu 'harus mengosongkan jawatan mereka demi kebaikan kerajaan'. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha memecat Timbalan Menteri Pertanian dan Koperasi Thammanat Prompao dan Timbalan Menteri Tenaga Kerja Narumon Pinyosinwat.
Prayuth berkata kedua-dua timbalan menteri itu 'harus mengosongkan jawatan mereka demi kebaikan kerajaan'.
Ketika ditanya mengenai pemecatan dua timbalan menteri itu, Bangkok Post melaporkan Prayuth berkata "beliau mempunyai alasan tersendiri berhubung perubahan berkenaan".
Thammanat, Setiausaha Agung Parti Palang Pracharath (PPRP), terlibat dalam mengumpulkan parti gabungan selepas pilihan raya 2019 yang menyaksikan Prayuth terpilih sebagai perdana menteri. Narumon pula adalah bekas jurucakap kerajaan pimpinan Prayuth.
Khabar angin menyatakan Thammant cuba menjadi orang tengah bagi satu pakatan dengan pembangkang dalam usaha menggulingkan Prayuth semasa usul undi tidak percaya di Parlimen pada Sabtu lalu.
Prayuth terselamat berikutan sokongan pakatan parti gabungan dengan memperoleh 264 undi menyokong dan 208 lagi menentang.
Sementara itu, Thammanat yang dilantik timbalan menteri pertanian dan koperasi pada 2019 berkata beliau menandatangani surat peletakan jawatan pada Rabu dan menyerahkannya kepada perdana menteri hari ini selepas tidak lagi sehaluan dengan Prayuth.
Ahli Parlimen wilayah Phayao itu berkata dirinya tidak gembira dan selesa dengan politik serta telah memikirkan untuk meletak jawatan.
"Saya berharap dapat kembali ke wilayah saya (Phayao) dan berkhidmat untuk rakyat," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Thammanat menjadi perhatian selepas pelantikannya pada 2019 apabila harian The Sydney Morning Herald dan The Age Australia mendedahkan beliau pernah dipenjara selama empat tahun di Sydney pada 1990-an kerana didapati bersalah menyeludup 3.2 kilogram heroin ke negara itu.
Laporan berita itu mendapat perhatian umum dan pihak pembangkang memfailkan aduan ke mahkamah kerana beliau 'tidak layak' untuk jawatan tersebut.
Namun, mahkamah pada Mei tahun ini memutuskan Thammanat boleh terus mengekalkan jawatannya kerana sabitan kesalahan itu berlaku di Australia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM thailand
#PM Thailand pecat timbalan menteri
#Prayuth Chan o-cha
#Thammanat Prompao
#Narumon Pinyosinwat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan