awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thailand, Singapura terkejut dengan cubaan bunuh terhadap Trump

Bernama
Bernama
14/07/2024
09:08 MYT
PM Thailand, Singapura terkejut dengan cubaan bunuh terhadap Trump
Dilaporkan bahawa Trump cedera di bahagian atas telinga kanannya selepas tembakan dilepaskan semasa perhimpunan di Pennsylvania pada Sabtu. - AP
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong menyatakan rasa terkejut dengan insiden tembakan di perhimpunan kempen bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di Pennsylvania semalam.
Srettha dalam satu kenyataan di akaun rasmi X miliknya pada Ahad berkata beliau bimbang apabila mengetahui insiden tembakan yang berlaku di perhimpunan pemimpin Republikan itu.
"Kami amat prihatin dan tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk keganasan. Bagi pihak rakyat Thailand, saya berharap bekas Presiden Trump segera sembuh. Ingatan kami juga bersama keluarga yang cedera dan terjejas," katanya.
I am appalled to learn of the shooting incident during former President Trumps rally. We are strongly concerned and do not tolerate such forms of violence. On behalf of the Thai people, I wish former President Trump a speedy recovery. Our thoughts are also with the injured and
— Srettha Thavisin (@Thavisin) July 14, 2024
Dilaporkan bahawa Trump cedera di bahagian atas telinga kanannya selepas tembakan dilepaskan semasa perhimpunan di Pennsylvania pada Sabtu.
Sementara itu, Wong pada Ahad menyatakan rasa terkejutnya berikutan cubaan bunuh terhadap calon Presiden AS, Trump sambil menyatakan bahawa orang ramai tidak sepatutnya menggunakan keganasan walaupun berbeza pandangan.
"Saya lega mendengar laporan bahawa beliau selamat dan sedang beransur pulih dengan baik. Ingatan kita bersama keluarga individu terbunuh serta mereka yang cedera dan terjejas oleh serangan itu," tulis Perdana Menteri di akaun media sosial beliau.
Shocked to hear about the assassination attempt on Mr Trump. Relieved to hear reports that hes safe & recovering well. Thoughts are with family of the deceased & those injured & impacted by the attack. We should never resort to violence regardless of any differences of views.
— Lawrence Wong (@LawrenceWongST) July 14, 2024
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Ahad mengenal pasti Thomas Matthew Crooks, 20, sebagai suspek penembak yang cuba membunuh Trump semasa perhimpunan kempennya di Butler, Pennsylvania pada 13 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cubaan bunuh
#Donald Trump
#Srettha Thavisin
#Lawrence Wong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan