awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis dedah suspek penculikan empat sekeluarga termasuk bayi

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2022
23:30 MYT
Polis dedah suspek penculikan empat sekeluarga termasuk bayi
Setakat ini penculik itu tidak membuat sebarang tuntutan wang tebusan atau sebarang kontak. - Foto Facebook/Merced County Sheriff's Office
CALIFORNIA: Pegawai syerif di California mendedahkan gambar suspek kes penculikan empat sekeluarga, termasuk seorang bayi berusia 8 bulan.
Pejabat Syerif Daerah Merced berkata ibu, bapa dan bapa saudara bayi itu telah dilarikan oleh penjenayah yang mengacukan senjata di bandar Merced pada Isnin.
Syerif Vern Warnke berkata setakat ini penculik itu tidak membuat sebarang tuntutan wang tebusan atau sebarang kontak.
Pihak berkuasa juga tidak pasti motif disebalik penculikan berkenaan.
Pihak berkuasa ketika ini melakukan pencarian di Merced dan kawasan sekitar bagi mengesan bayi berkenaan Aroohi Dheri; ibu kanak-kanak itu, Jasleen Kaur, 27; bapanya Jasdeep Singh, 36; dan bapa saudara Amandeep Singh, 39.
Jabatan sheriff mengeluarkan dua imej pegun daripada rakaman pengawasan yang menunjukkan kehadiran suspek.
Pihak polis turut meminta bantuan orang ramai untuk mengenal pasti lelaki berkenaan.
Detektif percaya suspek memusnahkan bukti dalam usaha untuk menutup jejaknya.
Merced ialah bandar dengan 86,000 penduduk terletak di tenggara San Francisco.
Topic Berkaitan
#culik
#suspek
#bayi
#penjenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan