awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Itali hantar buah pinggang guna Lamborghini

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2022
21:30 MYT
Polis Itali hantar buah pinggang guna Lamborghini
Lamborghini Huracan digunakan untuk melakukan rondaan di lebuh raya Bologna di bahagian utara selain kegunaan operasi biasa dan penghantaran segera darah serta organ. - Foto agensi
ROM: Polis Itali menggunakan kereta super sport, Lamborghini untuk menghantar dua buah pinggang kepada pesakit yang tinggal sejauh ratusan kilometer.
"Ia adalah penghantaran hadiah Hari Natal paling bermakna iaitu 'peluang untuk hidup'.
"Jutaan terima kasih kepada pasukan polis negeri kerana dua individu dapat menerima buah pinggang yang didermakan kepada mereka," menurut kapsyen gambar 'kotak hadiah istimewa' itu yang diletakkan di hadapan Lamborghini Huracan tersebut.
Organ tersebut dihantar dari Padua di timur laut Itali ke hospital di Modena dan ibu kota Rom.
Lamborghini Huracan tersebut yang boleh mencapai kelajuan sehingga 300 kilometer sejam (km/j) dan kapasiti daripada 0 km/j kepada 100 km/j dalam tempoh 3.2 saat itu dihadiahkan kepada pasukan polis oleh pembuat kereta sport mewah berkenaan.
Ia digunakan untuk melakukan rondaan di lebuh raya Bologna di bahagian utara selain kegunaan operasi biasa dan penghantaran segera darah serta organ.
Sebuah lagi Huracan digunakan pasukan peronda lebuh raya di Rom manakala Lamborghini Gallardo 2009 yang pernah 'berkhidmat' sebelum ini telah ditempatkan di muzium. - Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#buah pinggang
#Lamborghini
#pesakit
#organ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan