ROM:Lukisan berusia 500 tahun yang dicuri dari muzium gereja di Naples, Itali telah diselamatkan oleh pihak polis dari sebuah pangsapuri yang terletak di luar bandar di selatan negara itu, pada Selasa.
Namun begitu, kakitangan Muzium San Domenico Maggiore atau Muzium Doma, lokasi di mana lukisan itu dipamerkan, tidak pernah sedar akan kehilangan potret gambaran Jesus Christ yang dipercayai hasil lukisan anak didik Leonardo da Vinci.
Menurut pihak polis, mereka memulakan operasi mencari potret berkenaan di sebuah pangsapuri selepas mendapat maklumat tentang kehilangannya, hujung minggu lalu.
Potret tersebut dijumpai tersembunyi di dalam almari dalam rumah seorang pemilik berusia 36 tahun yang kemudiannya ditahan atas tuduhan memiliki harta yang dicuri.
Lukisan itu merupakan salinan lukisan terkemuka, Salvator Mundi atau "Saviour of the World" oleh da Vinci dan pernah dilelong pada harga AS$450 juta dolar (RM1.8 bilion) di bandar New York pada 2017.
Muzium Doma telah ditutup selama beberapa bulan susulan sekatan pergerakan akibat ancaman COVID-19.
Agensi
Thu Jan 21 2021

Dua anggota polis mengawal lukisan "Saviour of the World" yang merupakan salinan daripada anak didik da Vinci, dalam sidang media di Rom. - Reuters
![[PROMO] Ulang Tahun Perkahwinan YDP Agong [PROMO] Ulang Tahun Perkahwinan YDP Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893898/8967789641614986041731_640x360.jpg)
[PROMO] Ulang Tahun Perkahwinan YDP Agong

Vaksin COVID-19: Kesatuan Eropah akan bangunkan 'pasport vaksinasi'
Ursula von der Leyen menyampaikan hasrat 'pas hijau digital' itu dengan kerjasama organisasi antarabangsa bagi memastikan sistemnya juga terpakai di luar EU.

Pengangguran: Angka baharu beri petunjuk pemulihan ekonomi AS
Majikan di negara Uncle Sam itu dilapor menambah 397,000 pekerjaan bulan lalu.

COVID-19: Kes positif hampir 116 juta, kematian lebih 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.9 juta.

Malaysia dipilih terajui kumpulan Metrologi Perundangan Asia Pasifik
Pelantikan baharu ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara membangun pertama dan dari rantau ASEAN yang diberi mandat, antara lain, untuk menguruskan sekretariat.

Perkhemahan lima sahabat bertukar tragedi apabila 2 lemas di Sungai Dungun
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Subree Ahmad Tajuddin, 38, dan Ariff Razali, 34.

Bekalan elektrik di semua pusat simpanan dan pemberian vaksin stabil - TNB
TNB bersama pihak hospital dan klinik kesihatan juga telah memastikan set jana kuasa di pusat-pusat perubatan terlibat berfungsi dan bersedia untuk beroperasi sekiranya diperlukan.

Permulaan yang baik untuk JDT - Mora
Mora optimistik JDT berada pada landasan yang tepat untuk kembali kepada prestasi terbaik mereka, walaupun berhadapan dengan pramusim yang pendek.

KPM fokus jayakan gelombang akhir PPPM - Radzi Jidin
Radzi berkata hal ini selaras dengan keprihatinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sistem pendidikan negara.

TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.

Lukisan watak puteri Disney diberi sentuhan busana nusantara
Setiap karakter mempunyai penampilan, personaliti dan kostum tersendiri termasuk bergaun kembang sehingga menjadi ikutan dan kegilaan terutama dalam kalangan kanak-kanak perempuan.

Polis Itali selamatkan lukisan bersejarah, pihak muzium tak sedar pun ia dicuri
Lukisan berusia 500 tahun yang dicuri dari muzium gereja di Naples, Itali telah diperoleh kembali di sebuah pangsapuri yang terletak di luar bandar di selatan negara itu, pada Selasa.

Seni 'truck art' Pakistan bakal hiasi awan biru
Truck art merupakan lukisan pada kenderaan, kebiasaannya lori, dengan motif yang rumit dan flamboyan, yang dipopularkan sebagai satu seni tradisi Pakistan.

Mural Kita Jaga Kita: Seni anak muda untuk rakyat Sarawak
Amey Sheikh Ali, 30 tahun, tidak sesekali menyangka bakat melukis dimilikinya itu kini menjadi sumber pendapatan utamanya.

Lukisan mural Laman Samudera tarikan terbaharu pelancong ke Mersing
Lukisan mural di Laman Samudera terletak berhampiran jeti penumpang Mersing hanya mengambil masa tiga minit berjalan kaki.

Setiap kali terpandang beg cenderahati itu, pasti teringat Artortoise - Zulkifli
Ucapan tersebut dikongsi beliau menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik imej beg kertas yang memaparkan lukisan yang direka Artortoise.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 8 Oktober 2020.

Lukisan klasik China berusia 700 tahun terjual pada harga RM173.57 juta
Skrol lukisan yang berjudul Five Drunken Princes Returning On Horseback itu dihasilkan oleh seorang pelukis terkenal China yang juga merupakan pegawai kerajaan, Ren Renfa.

Kombinasi budaya Malaysia dalam seni lukis Itali
Ali menggunakan cat minyak atas kanvas supaya nampak lebih menarik dan lebih dekat dengan jiwa masyarakat Malaysia berdasarkan luahannya terhadap peristiwa sosial, budaya dan politik Malaysia.

Animasi tempatan kini bertaraf dunia - PM Tun Mahathir
Katanya rakyat Malaysia boleh berbangga dengan pencapaian tersebut yang dihasilkan sendiri atas usaha penggiat seni animasi negara yang berbakat besar.