awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
Kementerian Digital rangka RUU Tadbir Urus AI, tangani ancaman deepfake - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing

Sinar Harian
Sinar Harian
02/02/2025
01:15 MYT
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Abdul Karim kini dibantu dirawat oleh isterinya. - Foto Sinar Harian/Agensi
JAKARTA: Seorang pemilik kolam ikan dipukul oleh seorang lelaki dipercayai polis selepas dia melarang individu itu daripada memancing di kolam miliknya.
Kejadian berlaku baru-baru ini, apabila pemilik kolam itu Abdul Karim Dg Sau, 53, melawat kolamnya di Dusun Soreang, Desa Soreang, Kecamatan Mappakasunggu, Kabupaten Takalar.
"Sampai sahaja di lokasi saya melihat ada empat orang pemancing sedang menangkap ikan, lantas saya menegur mereka.
"Selepas itu salah seorang daripadanya mengakui bahawa dia seorang anggota polis. Kami kemudiannya bergaduh mulut hinggalah dia mengambil kayu dan memukul saya sebanyak tiga kali," katanya kepada wartawan pada Khamis lalu.
Ujarnya lagi, selepas insiden itu kesemua mereka bergegas lari.
"Saya mengejar mereka bagaimanapun saya jatuh dan tidak sedarkan diri sehingga orang kampung membawa saya ke hospital.
"Di hospital saya dirawat selama dua hari kerana saya sukar bernafas," katanya.
Susulan itu tambahnya, satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#kolam ikan
#dipukul
#tegur
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan