awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai Minnesota dakwa FBI halang siasatan kes tembakan ejen ICE
Mayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahan Shah Alam
Ahli politik maut ditembak di ibu negara Bangladesh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis selamatkan cimpanzi daripada kurungan haram di Sicily

Bernama
Bernama
22/11/2025
22:30 MYT
Polis selamatkan cimpanzi daripada kurungan haram di Sicily
Polis Itali menyelamatkan seekor cimpanzi, yang dilaporkan diikat dengan rantai sepanjang dua meter dan mengalami kecederaan serius di bahagian pangkal paha, dari sebuah rumah persendirian di Sicily. - Foto hiasan/REUTERS
ROM: Polis Itali menyelamatkan seekor cimpanzi muda yang diabaikan dengan teruk dan ditempatkan dalam keadaan tidak berperikemanusiaan di sebuah rumah persendirian di pulau Mediterranean Sicily, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Haiwan berusia kira-kira tiga tahun itu dilaporkan dirantai, mengalami kecederaan dan ditempatkan dalam ruang gelap yang dipagari besi, menurut Carabinieri pada Sabtu.
Pemiliknya dipercayai menyeludup masuk haiwan itu dari Malta ke Itali dan memeliharanya di apartmen miliknya. Pemeriksaan di kediaman berdekatan Syracuse turut menemukan seekor burung kakak tua yang dipelihara secara haram.
Cimpanzi itu diikat dengan rantai sepanjang dua meter dan didapati mengalami kecederaan serius di bahagian pangkal paha. Ia pada awalnya dibawa ke Zoo Rom, dan pakar kini sedang menjalankan proses pemulihan secara berperingkat.
Namun, menurut polis, peluang untuk melepaskan semula cimpanzi itu ke habitat liar pada masa hadapan adalah tipis.
Burung kakak tua itu juga dipercayai menjadi mangsa perdagangan haiwan eksotik yang menguntungkan, yang bukan sahaja menyebabkan penderitaan kepada haiwan, malah mengancam biodiversiti global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Itali
#Sicily
#kurungan
#cimpanzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan