awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Singapura tahan suspek kes mayat dalam beg

Agensi
Agensi
12/06/2014
14:04 MYT
Polis Singapura tahan suspek kes mayat dalam beg
Lelaki berumur 43 dan 25 tahun itu ditahan hasil operasi melibatkan 100 anggota polis
Polis Singapura menahan dua lelaki warga Pakistan bagi membantu siasatan berhubung penemuan sebuah beg yang mengandungi bahagian atas badan seorang lelaki di Syed Alwi Road dekat pusat membeli-belah 24 jam Mustafa Centre.
Kenyataan di laman Facebook pasukan polis Singapura hari ini menyebut dua lelaki itu ditahan pada pukul 3 petang tadi di kawasan Rowell Road -- tidak sampai 24 jam selepas kes itu dilaporkan.
Lelaki berumur 43 dan 25 tahun itu ditahan hasil operasi melibatkan 100 anggota polis.
Polis Singapura juga mendedahkan mayat lelaki yang ditemui itu juga merupakan warga Pakistan dipercayai berumur 59 tahun.
Lokasi beg berisi bahagian atas tubuh seorang lelaki dijumpai
Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh. Kedua-dua suspek dijadual akan dibawa ke mahkamah pada Sabtu.
Beg berisi bahagian atas tubuh manusia itu dijumpai oleh polis pada lewat petang Rabu. Menurut polis, beg itu dijumpai selepas mendapat satu panggilan telefon daripada orang ramai yang meminta bantuan.
BREAKING: 2 male Pakistan nationals arrested in relation to case of legless body in suitcase http://t.co/sZo3jMERHy pic.twitter.com/vPhiTIBWWC
— Channel NewsAsia (@ChannelNewsAsia) June 12, 2014
Menurut Channel News Asia, seorang lelaki dikatakan meminta pertolongan dua orang pelancong untuk menolak sebuah troli yang diisi dengan beg tersebut. Apabila mereka memegang beg itu, tangan mereka terpalit darah. Dua pelancong itu kemudian berhenti di sebuah gerai buah untuk membasuh tangan.
Laporan itu juga menyebut seorang pengutip barang terpakai kemudiannya membuka beg itu dan menemui mayat tersebut.
Sementara itu dalam perkembangan terbaru CNA melaporkan melalui laman Twitternya malam ini bahawa polis menemui sepasang kaki di Jalan Kubor dipercayai ada kaitan dengan siasatan penemuan mayat dalam beg itu.
BREAKING: Police recover a pair of legs from Jalan Kubor area, in their investigation of the case of dismembered body found in suitcase
— Channel NewsAsia (@ChannelNewsAsia) June 12, 2014
Topic Berkaitan
#bunuh
#Mustafa Centre
#Pakistan
#polis
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan