awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Singapura tahan tiga rakyat Malaysia ceroboh perairan

Bernama
Bernama
19/04/2025
10:38 MYT
Polis Singapura tahan tiga rakyat Malaysia ceroboh perairan
Anggota PCG melakukan rondaan sekitar 2.05 petang apabila mereka mengesan sebuah sampan yang tidak dikenali di perairan Pulau Sarimbun. - Google Map
SINGAPURA: Tiga lelaki warga Malaysia berusia antara 28 hingga 47 tahun ditahan Polis Pengawal Pantai (PCG) Singapura pada Jumaat kerana disyaki memasuki perairan negara itu secara haram.
Anggota PCG melakukan rondaan sekitar 2.05 petang apabila mereka mengesan sebuah sampan yang tidak dikenali di perairan Pulau Sarimbun, menurut kenyataan polis pada Sabtu.
Apabila dihampiri, sampan itu bertindak memecut menuju ke arah perairan Malaysia.
"Pegawai pengawal pantai kemudian bertindak mengejar sampan berkenaan yang kemudiannya melakukan beberapa pergerakan berbahaya selain turut melanggar bot PCG sebanyak dua kali sebelum berjaya dihentikan.
"Dua lelaki dari sampan terjatuh ke laut akibat insiden itu, namun berjaya naik semula ke atas sampan," menurut kenyataan itu.
Seorang anggota PCG dilaporkan mengalami cedera ringan.
Selain ditahan kerana menceroboh, lelaki berusia 28 tahun yang mengemudi sampan itu juga disiasat atas kesalahan lain, termasuk navigasi secara melulu dan gagal mematuhi arahan pihak berkuasa.
Sampan dirampas dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ceroboh perairan
#Singapura
#masuk secara haram
#pulau sarimbun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan