awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peruntukan tambahan bayaran balik RM4 bilion selesai diproses dan dikreditkan - LHDN
Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes gaduh berkumpulan di Port Dickson
[TERKINI] Pas sedia terajui PN, tidak anggotai Exco MB Perlis - Takiyuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan suspek serangan arson rumah wartawan di Sumatera Utara

Bernama
Bernama
08/07/2024
15:08 MYT
Polis tahan suspek serangan arson rumah wartawan di Sumatera Utara
Setya Imam Effendi menjelaskan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti penglibatan mana-mana rakan subahat tambahan dan untuk mengetahui motif di sebalik serangan arson itu. - Gambar Polri
JAKARTA: Polis Indonesia menahan dua suspek berhubung serangan arson yang mengorbankan wartawan Tribrata TV Rico Sempurna Pasaribu dan tiga ahli keluarganya pada 27 Jun di Daerah Karo.
Ketua Polis Sumatera Utara, Komisioner Jeneral Agung Setya Imam Effendi mendedahkan bahawa kedua-dua suspek, yang dikenali sebagai RAS, 37, bertindak sebagai penunggang motosikal, manakala YT, juga dikenali sebagai Selawang, 36, bertanggungjawab menuangkan minyak petrol dan diesel ke rumah mangsa.
"Walaupun berdepan cabaran cuaca mendung yang menjejaskan siasatan foto satelit, teknik penyiasatan jenayah saintifik moden membolehkan kami menyelesaikan kes ini dengan pantas," katanya semasa sidang akhbar bersama Panglima Komando Daerah Tentera Mej Jen M. Hassan
Beliau menjelaskan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti penglibatan mana-mana rakan subahat tambahan dan untuk mengetahui motif di sebalik serangan arson itu.
Beliau berkata YT membeli minyak petrol dan diesel, yang dicampur dalam jerigen dan kemudian dimasukkan ke dalam dua botol minuman kosong dan kedua-dua suspek memakai penutup dan selimut untuk menyembunyikan identiti mereka semasa jenayah itu dilakukan.
Selepas melakukan serangan arson itu, kedua-dua suspek melarikan diri dari tempat kejadian, meninggalkan botol-botol bukti dan kemudian menukar pakaian mereka sebelum melarikan diri ke Merek, kira-kira 100 kilometer dari Karo.
"YT melawan ketika ditangkap, memerlukan campur tangan oleh pegawai penguat kuasa undang-undang," kata Agung Setya.
Rico, seorang wartawan berdedikasi berusia 47 tahun, terkorban dalam kebakaran kediamannya di Jalan Nabung Surbakti, Kabanjahe.
Kebakaran itu turut meragut nyawa isteri, anak lelaki dan cucunya yang disyaki mempunyai kaitan dengan laporan penyiasatannya mengenai rangkaian perjudian dalam talian.
Susulan kejadian itu, Majlis Pers pada 2 Julai menggesa Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo untuk membentuk sebuah pasukan yang neutral bagi menyiasat perkara itu dengan teliti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#penunggang motosikal
#camapur tangan
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan