awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Thailand gagalkan cubaan seludup 400kg dadah 'Ice'

Bernama
Bernama
03/08/2017
08:46 MYT
Polis Thailand gagalkan cubaan seludup 400kg dadah 'Ice'
Dadah jenis 'Ice' bernilai RM100 juta yang dirampas Polis Anti-Dadah Thailand dari sebuah kereta di Khon Kaen di sempadan Thai-Laos. --fotoBERNAMA
Polis Thailand menggagalkan cubaan menyeludup 400kg "Ice" (sejenis dadah Methaphetamine) ke Malaysia dianggar bernilai 804 juta Baht (RM100 juta) dengan tertangkapnya 11 anggota satu sindiket, termasuk tiga wanita, pada 28 dan 31 Julai.
Tiga suspek, dua beradik perempuan berumur 20 dan 28 tahun serta seorang rakan lelaki mereka berusia 43 tahun, yang sering membuat perjalanan ke Malaysia, ditangkap di Hatyai pada 31 Julai.
"Ketiga-tiga suspek adalah sebahagian daripada anggota sindiket itu, yang giat menyeludup dadah melalui Sungai Golok. Berdasarkan dokumen perjalanan mereka, ketiga-tiga suspek berkenaan didapati kerap berkunjung ke Malaysia," kata ketua Biro Pencegahan Narkotik (NSB) Lt Jen Sommai Kongvisaisuk kepada Bernama di sini hari ini.
Menurut beliau, tiga suspek yang ditangkap di Hatyai itu berasal dari Narathiwat dan memainkan peranan penting dalam kegiatan menyeludup dadah ke Malaysia.
Sommai berkata dadah berkenaan, yang dibungkus kemas dan disamar sebagai produk teh, diisi ke dalam empat kenderaan pacuan empat roda sebelum diseludup ke Thailand dari Laos.
Katanya, sebaik sahaja menerima maklumat perisikan, sekumpulan pegawai menahan kenderaan membawa dadah itu pada pukul 4 pagi 28 Julai di sebuah pusat peranginan di wilayah Khonkaen berhampiran sempadan Laos, dan menahan lima warga Thailand terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita.
Suspek berkenaan, berumur di antara 22 dan 47 tahun, berasal dari Nong Khai dan Petchaboon, daerah di utara dan timur laut Thailand.
"Mereka merancang membawa dadah itu dari Nong Khai ke bahagian tengah Thailand dan Hatyai, sebelum menyeludupnya menyeberangi sempadan ke Malaysia," katanya serta menjelaskan bahawa tiga suspek ditahan di Hatyai dalam operasi susulan berikutan penangkapan lima suspek itu.
Menurut Sommai, dalam satu lagi operasi susulan, tiga rakyat Thailand ditahan di Nong Khai dan Rayong.
Katanya, pihak berkuasa merampas pelbagai aset milik sindiket berkenaan seperti plot tanah, rumah, kereta dan akaun bank bernilai 18 juta Baht (RM2.25 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#biro pencegahan narkotik
#Dadah
#Hatyai
#ice
#methaphetamine
#Narathiwat
#polis
#seludup
#sindiket
#Sommai Kongvisaisuk
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan