awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Thailand tahan 11 warga Bangladesh dalam trak pikap menuju ke Malaysia

Bernama
Bernama
11/12/2023
14:52 MYT
Polis Thailand tahan 11 warga Bangladesh dalam trak pikap menuju ke Malaysia
Sebelas warga Bangladesh yang dipercayai dalam perjalanan untuk menyeludup masuk ke Malaysia ditahan polis Thailand pada Sabtu lepas. - Gambar hiasan
BANGKOK: Sebelas warga Bangladesh yang dipercayai dalam perjalanan untuk menyeludup masuk ke Malaysia ditahan polis Thailand pada Sabtu lepas, setelah trak pikap yang mereka naiki terbalik di Wilayah Sa Kaeo, di sempadan timur Thailand, kira-kira 245 kilometer dari Bangkok.
Dalam satu kenyataan, Biro Siasatan Pusat (CIB) Thailand berkata 11 lelaki itu berumur antara 22 dan 48 tahun.
Dalam kejadian pada 5 pagi itu, Polis Lebuhraya mengejar trak pikap yang dipandu laju sebelum trak berkenaan hilang kawalan dan terbalik.
"Pemandu lelaki warga Thailand berusia 35 tahun melarikan diri dari tempat kejadian selepas kemalangan itu. Polis lebuh raya menemukan 11 warga Bangladesh dalam kenderaan yang rosak teruk itu.
"Siasatan awal mendapati kumpulan itu dalam perjalanan dari Bangladesh ke Kemboja sebelum secara haram menyeberang ke Thailand menggunakan trak pikap, untuk meneruskan perjalanan ke Malaysia," katanya.
CIB berkata polis sedang mengesan pemandu itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Bangladesh
#polis thailand
#Tahan
#trak pikap
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan