awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pope Benedict XVI berundur dengan ucapan ringkas

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2013
15:45 MYT
Pope Benedict XVI berundur dengan ucapan ringkas
Menjelang pengunduran Pope Benedict ke-16 sebagai pemimpin tertinggi gereja Roman Katolik hari ini dijangka diakhiri dengan pertemuan dengan para Cardinal dan penasihat rapatnya.
Sebaliknya, beliau hanya akan memberi ucapan ringkas kepada Cardinal dan penasihat rapatnya di Dewan Clementine, Istana Apostolic.
Benedict XVI juga tidak akan memberikan sebarang ucapan utama.
Beberapa minit sebelum pukul 5 petang, beliau akan meninggalkan Istana Apostolic dan diterbangkan ke Castel Gandolfo, selatan Rom menggunakan helikopter.
Tepat jam 8 malam waktu tempatan Itali, peletakan jawatan beliau akan berkuatkuasa.
Ini juga bermakna, tugas Swiss Guard untuk melindungi beliau secara rasminya berakhir.
Beliau mencipta sejarah sebagai pope pertama untuk meletak jawatan dalam tempoh 600 tahun.
Kali terakhir seorang Pope meletak jawatan secara sukarela tanpa tekanan ialah Pope Celestine kelima pada 1294.
Sementara itu, perkampungan Castel Gandolfo bersedia menyambut kedatangan Pope Benedict XVI apabila tempoh perkhidmatannya sebagai Pope tamat pada pukul 8 malam waktu tempatan itali atau 3 pagi Jumaat waktu Malaysia.
Buat pertama kalinya dalam tempoh 600 tahun, gereja Roman Katolik akan menyaksikan dua Pope di pentas yang sama biarpun Benedict XVI telah menegaskan beliau tidak akan campur tangan dalam pentadbiran Vatican.
Beliau dijangka menghabiskan masa selama beberapa bulan di Castel Gandolfo sementara menunggu proses pengubahsuaian kediaman kekalnya di Vatican siap.
Sebelum itu, Benedict XVI akan bertemu dengan ratusan Cardinal buat kali terakhir sebelum beredar ke Castel Gandolfo.
Beliau selepas ini akan digelar sebagai Pope Emeritus.
Topic Berkaitan
#Cardinal
#Pengunduran jawatan
#Pope Benedict
#Roman Katolik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan