awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pope Francis tiba di Indonesia sempena dialog antara agama

Bernama
Bernama
03/09/2024
08:16 MYT
Pope Francis tiba di Indonesia sempena dialog antara agama
Pope disambut delegasi pegawai Indonesia, termasuk Menteri Hal Ehwal Agama Yaqut Cholil Qoumas, serta wakil Gereja Katolik. - Foto Reuters
JAKARTA: Pope Francis, pemimpin Gereja Katolik dan Kota Vatican, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Indonesia pada Selasa (3 Sept) 11.20 pagi waktu tempatan.
Lawatan empat hari beliau yang berakhir pada Jumaat (6 Sept), adalah sebahagian daripada lawatan yang lebih luas untuk mempromosikan dialog antara agama di Indonesia, negara dengan jumlah umat Islam paling ramai di dunia, sebelum meneruskan ke Papua New Guinea, Timor-Leste dan Singapura.
Pope disambut delegasi pegawai Indonesia, termasuk Menteri Hal Ehwal Agama Yaqut Cholil Qoumas, serta wakil Gereja Katolik.
Pope dijadualkan melawat Kedutaan Vatican sebelum bertemu dengan Presiden Joko Widodo pada Rabu.
Itinerari beliau termasuk lawatan ke tapak keagamaan penting, termasuk Gereja Katedral dan Masjid Istiqlal.
Sebagai respons kepada lawatan itu, Joko Widodo melahirkan penghargaannya dengan berkata, "Bagi pihak rakyat Indonesia, saya amat mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Mulia Paus Francis atas lawatannya ke Indonesia," seperti yang dilaporkan oleh portal berita Kompas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pope Francis
#pemimpin Gereja Katolik
#lawatan ke Indonesia
#dialog antara agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan