Skip to main content

Dunia

Pope Leo gesa hentikan keganasan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat

71766625245_PopeLeoXIV.jpg
Pope Leo sekali lagi merayu supaya keganasan berterusan terhadap penduduk awam Palestin di Tebing Barat dihentikan. - Gambar fail
Advertisement

ROM: Pope Leo XIV pada Ahad menggesa supaya tindakan keganasan berulang terhadap penduduk awam Palestin di Tebing Barat dihentikan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Saya sekali lagi merayu supaya keganasan berterusan terhadap penduduk awam Palestin di Tebing Barat dihentikan," kata pemimpin 1.4 bilion penganut Katolik di seluruh dunia itu di Castel Gandolfo berhampiran Rom.

Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya segera memajukan penyelesaian dua negara "demi keamanan yang adil dan berkekalan", yang menyaksikan Israel dan sebuah negara Palestin yang merdeka hidup bersama secara aman.

Keganasan oleh peneroka haram Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Peneroka radikal mengepung kediaman rakyat Palestin di perkampungan Qusra di utara Tebing Barat sejak seminggu lepas. Amerika Syarikat (AS), sekutu rapat Israel, baru-baru ini menggesa Israel supaya mengeluarkan peneroka berkenaan dari perkampungan itu.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement