awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pope Leo ulangi seruan hentikan kekejaman di Gaza susulan serangan ke atas gereja

Bernama
Bernama
20/07/2025
14:51 MYT
Pope Leo ulangi seruan hentikan kekejaman di Gaza susulan serangan ke atas gereja
Pope Leo berkata serangan itu "hanyalah satu daripada siri serangan ketenteraan berterusan terhadap penduduk awam dan tempat ibadat di Gaza." - AP
GENEVA: Pope Leo pada Ahad menyeru agar "keganasan dihentikan serta-merta" susulan serangan Israel ke atas Gereja Katolik Holy Family di Bandaraya Gaza yang mengorbankan tiga orang awam dan mencederakan beberapa yang lain, termasuk seorang paderi, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Serangan itu berlaku pada pagi Khamis di satu-satunya gereja Katolik di Gaza, di mana kira-kira 600 orang sedang berlindung.
Pope Leo mengenal pasti mangsa sebagai Saad Issa Kostandi Salameh, Foumia Issa Latif Ayyad dan Najwa Ibrahim Latif Abu Daoud dan berkata beliau "amat dekat" dengan mereka dan keluarga masing-masing, menurut Vatican News.
Ditemui selepas majlis doa Angelus di Castel Gandolfo pada Ahad, Pope Leo berkata serangan itu "hanyalah satu daripada siri serangan ketenteraan berterusan terhadap penduduk awam dan tempat ibadat di Gaza."
Beliau menyeru penyelesaian damai terhadap konflik itu dan menggesa masyarakat antarabangsa menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, khususnya "kewajipan melindungi orang awam, serta larangan hukuman kolektif, penggunaan kekerasan secara melulu dan pemindahan penduduk Palestin."
--BERNAMA-ANADOLU
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Pope Leo
#Serangan Gereja
#Israel
#hentikan kekejaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan