awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Populasi harimau belang Amerika meningkat di Mexico namun masih terancam

Agensi
Agensi
28/08/2025
00:30 MYT
Populasi harimau belang Amerika meningkat di Mexico namun masih terancam
Kemusnahan habitat, pemburuan haram, penyeludupan dan konflik dengan penternak dikenal pasti sebagai faktor utama penyusutan spesies Panthera onca. - Foto REUTERS
CALAKMUL: Populasi harimau belang Amerika atau jaguar di Mexico menunjukkan peningkatan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun masih berdepan risiko kepupusan.
Persatuan Pemuliharaan Jaguar Nasional Mexico (ANCJ) dalam laporan terbaharunya memaklumkan bahawa populasi jaguar pada tahun 2024 mencecah 5,326 ekor, menyaksikan peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding tahun 2010.
Dalam pada itu, populasi jaguar telah meningkat sebanyak 11 peratus sejak bancian terakhir pada 2018, satu pencapaian yang disifatkan sebagai mengejutkan oleh ANCJ.
Jelas Penyelaras Strategi Negeri ANCJ, Humberto Pena, kawasan perlindungan yang lebih luas telah membolehkan jaguar bergerak dengan lebih bebas, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan populasi.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa populasi jaguar masih memerlukan tempoh antara 15 hingga 30 tahun pertumbuhan berterusan untuk keluar daripada status terancam serta menyatakan bahawa lebih tiga dekad diperlukan untuk mencapai populasi sebanyak 8,000 ekor.
Kemusnahan habitat, pemburuan haram, penyeludupan dan konflik dengan penternak dikenal pasti sebagai faktor utama penyusutan spesies Panthera onca, yang mendiami kawasan dari selatan Amerika Syarikat hingga ke utara Argentina.
Bancian tersebut mendapati bilangan jaguar tertinggi direkodkan di wilayah Semenanjung Yucatan dengan 1,699 ekor, diikuti oleh wilayah Pasifik Selatan (1,541), Timur Laut dan Mexico Tengah (813), Pasifik Utara (733) dan Pantai Pasifik Tengah (540).
Persatuan itu turut menggesa agar insentif diberikan kepada komuniti untuk memulihara lebih banyak koridor jaguar, serta menyeru kerajaan dan platform media sosial untuk mengambil tindakan terhadap penjualan bahagian tubuh jaguar secara haram, termasuk kulit, tengkorak, kuku dan taring haiwan tersebut.
Topic Berkaitan
#Mexico
#Persatuan Pemuliharaan Jaguar Nasional Mexico ANCJ
#harimau belang Amerika
#Jaguar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan