awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Populasi harimau di India dianggarkan 3,925 - Kajian

Bernama
Bernama
29/07/2023
21:45 MYT
Populasi harimau di India dianggarkan 3,925 - Kajian
Populasi harimau di India telah meningkat kepada 3,925 iaitu peningkatan tahunan sebanyak enam peratus, menurut satu kajian yang diterbitkan pada Sabtu. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Populasi harimau di India telah meningkat kepada 3,925 iaitu peningkatan tahunan sebanyak enam peratus, menurut satu kajian yang diterbitkan pada Sabtu.
Mengikut angka kerajaan pada April 2022, India mempunyai sekurang-kurangnya 3,167 ekor harimau, menyumbang 75 peratus populasi harimau global.
"Kini, analisis data yang dilakukan oleh Institut Hidupan Liar India, populasi harimau dianggarkan sekitar 3,925 dan bilangan purata ialah 3,682 harimau, mencerminkan kadar pertumbuhan tahunan yang membanggakan sebanyak 6.1 peratus setahun," menurut Kementerian Alam Sekitar dalam satu kenyataan, sempena Hari Harimau Global.
Sejak negara itu melancarkan "Projek Harimau" pada 1973 untuk melindungi haiwan itu, populasi harimau telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa.
Bilangan rizab harimau telah berkembang daripada sembilan, meliputi kawasan seluas 18,278 km persegi, kepada 53 (75,796 km persegi), iaitu bersamaan dengan 2.3 peratus jumlah keluasan tanah India.
Walaupun projek itu mencapai kemajuan besar sejak lima dekad yang lalu, pemburuan haram kekal menjadi cabaran utama, menurut Kementerian Alam Sekitar.
"Usaha berterusan untuk melindungi habitat harimau adalah penting bagi menjamin masa depan dan ekosistem untuk generasi akan datang," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#populasi harimau
#India
#meningkat
#Hari Harimau Global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan