Skip to main content

Dunia

Populasi Jepun turun di bawah 120 juta buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun

51514272514_ShibuyaTokyo.jpg
Angka setakat 1 Januari 2026 itu menunjukkan penurunan sebanyak 917,000 orang berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. - Gambar hiasan
Advertisement

TOKYO: Populasi Jepun turun di bawah 120 juta buat pertama kali dalam tempoh 42 tahun kepada 119,736,483 orang pada awal tahun ini, menurut kerajaan pada Rabu, sekali gus menyerlahkan cabaran yang dihadapi negara itu dalam menangani kadar kelahiran yang semakin merosot.

Angka setakat 1 Januari 2026 itu menunjukkan penurunan sebanyak 917,000 orang berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, sekali gus mencatatkan penyusutan terbesar sejak data seumpamanya mula direkodkan pada 1968, lapor Kyodo News yang memetik data Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi.

Sementara itu, jumlah penduduk asing meningkat sebanyak 354,000 orang kepada rekod 4,031,159 orang. Kementerian itu mula mengumpulkan data berkaitan pada 2013.

-- BERNAMA-KYODO

 

Must Watch Video

Advertisement