BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha pada Jumaat mengumumkan dasar untuk mempromosi Thailand sebagai destinasi sukan bertaraf dunia.
Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana dalam satu kenyataan berkata Prayuth meluluskan dasar untuk menggalakkan penggunaan "soft power" menerusi sukan untuk meningkatkan pelancongan.
"Tumpuan akan diberi bagi memperkenalkan Thailand sebagai destinasi sukan bertaraf dunia. "Menggalak 'soft power' dan membangunkan industri sukan adalah dasar penting kerajaan dalam mewujudkan nilai tambah kepada ekonomi.
"Ia bertujuan memajukan Thailand sebagai destinasi sukan dunia dengan amalan langkah pencegahan COVID-19 yang ketat," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.
Thailand, melalui Kementerian Pelancongan dan Sukan, dijadual menjadi tuan rumah Piala Dunia Jet Ski, Siri Dunia 2021-2022 (WGP)#1 dari 12 hingga 16 Jan di Pattaya, wilayah Chonburi.
Acara itu akan disiarkan di 90 negara di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022
Prayuth meluluskan dasar untuk menggalakkan penggunaan "soft power" menerusi sukan untuk meningkatkan pelancongan. - Foto REUTERS
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
Pengundian pilih PM Thailand diadakan sekali lagi Khamis depan
Parlimen Thailand akan bersidang pada Khamis depan untuk mengundi perdana menteri baharu kerana perhimpunan dwidewan yang dianggotai 749 anggota tidak dapat bersidang hari ini.
PM Thailand arah tingkat keselamatan, buru penyerang
Sehingga kini kira-kira 7,000 orang terbunuh dalam konflik di empat wilayah di selatan Thailand yang bergolak yang terdiri daripada Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla.