awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Algeria minta sesi khas mesyuarat PBB, jalan undian keahlian penuh Palestin

Bernama
Bernama
20/09/2023
08:49 MYT
Presiden Algeria minta sesi khas mesyuarat PBB, jalan undian keahlian penuh Palestin
Tebboune menyentuh mengenai isu serantau dan global, termasuk perjuangan Palestin, semasa berucap di Perhimpunan Agung PBB ke-78 di New York. -AP
ALGERIA: Presiden Algeria Abdelmadjid Tebboune menjemput Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa untuk mengadakan sesi khas bagi tujuan menjalankan undian untuk keahlian penuh kepada Palestin.
Tebboune menyentuh mengenai isu serantau dan global, termasuk perjuangan Palestin, semasa berucap di Perhimpunan Agung PBB ke-78 di New York City, menurut Agensi Anadolu.
Beliau juga menekankan sokongan Algeria terhadap Inisiatif Keamanan Arab, memperjuangkan negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan 1967, dan menyebut pendudukan Israel di wilayah Palestin sebagai faktor utama ketidakstabilan serantau.
Tebboune menggesa Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi bagi penyelesaian dua negara dan menamatkan pendudukan Israel.
Pada 2012, Perhimpunan Agung PBB telah menaikkan status Palestin daripada "entiti pemerhati" kepada "negara pemerhati bukan ahli."
Palestin memerlukan kelulusan daripada Majlis Keselamatan PBB diikuti dengan undian dalam Perhimpunan Agung PBB bagi memperoleh keahlian penuh.
Presiden Tebboune juga mengulangi gesaan negaranya untuk mewujudkan Orde baru dunia berdasarkan kesaksamaan.
"Pembaharuan juga diperlukan dalam Majlis Keselamatan PBB, yang selama ini lemah dalam memenuhi tugasnya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta dalam mencegah penggunaan kekerasan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#PBB
#Presiden Algeria
#keahlian penuh PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan